Skip to main content

Teknologi

Apple naikkan harga langganan Apple Music di Malaysia

Apple Meningkatkan Harga Langganan Apple Music Di Malaysia – Kini RM17.90 Sebulan_Amanz
Menerusi pelarasan itu, pelan individu kini ditawarkan pada harga RM17.90 sebulan, berbanding RM16.90 sebulan sebelum ini. -Foto Amanz
Advertisement

APPLE menaikkan harga langganan perkhidmatan penstriman muziknya, Apple Music, bagi pengguna di Malaysia berkuat kuasa hari ini.

Menerusi pelarasan itu, pelan individu kini ditawarkan pada harga RM17.90 sebulan, berbanding RM16.90 sebulan sebelum ini, lapor Amanz.

Kali terakhir syarikat teknologi itu menyemak semula harga Apple Music adalah pada 2022 apabila kadar langganan dinaikkan daripada RM14.90 sebulan kepada RM16.90 sebulan.

Selain pelan individu, Apple turut menaikkan kadar langganan pelan keluarga kepada RM27.90 sebulan, berbanding RM25.90 sebulan sebelum ini.

Bagi pelan pelajar pula, kadar baharu ditetapkan pada RM9.50 sebulan, meningkat 60 sen daripada RM8.90 sebulan sebelum ini.

Kenaikan harga Apple Music itu bukan sahaja melibatkan pengguna di Malaysia, malah turut dilaksanakan di beberapa pasaran lain di seluruh dunia.

Langkah tersebut dilaporkan dibuat susulan peningkatan kos pelesenan dan hak cipta kandungan muzik yang ditanggung oleh platform penstriman berkenaan.

Bagaimanapun, harga pakej Apple One, yang menggabungkan beberapa perkhidmatan digital Apple dalam satu langganan, kekal tanpa perubahan buat masa ini.

 

Must Watch Video

Advertisement