Skip to main content

Teknologi

Apple perkenal iPhone Handoff, bolehkan dua iPhone kongsi satu eSIM

[TB]_iPhone Handoff Kongsi SIM_AMANZ
Sistem itu menetapkan satu peranti sebagai "iPhone Utama" (Main iPhone) yang menyimpan profil eSIM asal, manakala peranti kedua berfungsi sebagai "iPhone Pendamping" (Companion iPhone) yang menerima eSIM pendamping bagi nombor yang sama. -Foto Amanz
Advertisement

CUPERTINO: Apple dilapor bakal memperkenalkan ciri baharu dikenali sebagai "iPhone Handoff" yang membolehkan dua iPhone menggunakan satu nombor telefon menerusi sistem operasi iOS 27 akan datang, lapor Amanz.

Ciri berkenaan, yang disebut secara ringkas semasa Persidangan Pembangun Sedunia (WWDC) pada Jun lalu, membolehkan pengaktifan rangkaian selular pada peranti kedua dilakukan terus menerusi menu tetapan pada iPhone utama.

Sistem itu menetapkan satu peranti sebagai "iPhone Utama" (Main iPhone) yang menyimpan profil eSIM asal, manakala peranti kedua berfungsi sebagai "iPhone Pendamping" (Companion iPhone) yang menerima eSIM pendamping bagi nombor yang sama.

Bagaimanapun, ciri itu dilaporkan hanya menyokong teknologi eSIM dan memerlukan sokongan serta pengesahan daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

T-Mobile di Amerika Syarikat dan syarikat induknya, Deutsche Telekom di Jerman, dilaporkan antara penyedia perkhidmatan pertama yang dijangka menyokong ciri berkenaan sebaik sahaja ia dilancarkan secara rasmi.

Berdasarkan dokumentasi pembangun yang ditemui, panggilan dan SMS akan dialihkan secara automatik ke iPhone yang sedang digunakan pengguna. Pada masa sama, perkongsian lokasi menerusi aplikasi Find My turut dilaraskan mengikut peranti yang aktif.

Setakat ini, Apple masih belum memperincikan senarai penuh model yang akan menyokong ciri tersebut. Namun, kod yang ditemui memberi bayangan bahawa ia mungkin tersedia untuk mana-mana model iPhone yang menyokong eSIM dan boleh dinaik taraf kepada iOS 27.

Must Watch Video

Advertisement