Skip to main content

Teknologi

Apple umum acara Welcome Home 13 Okt, fokus pada peranti rumah pintar

Apple akan mengadakan acara khas "Welcome Home" pada 13 Oktober, memberi petunjuk kepada peluasan penawaran dalam segmen rumah pintar. -Foto Amanz
Apple akan mengadakan acara khas "Welcome Home" pada 13 Oktober, memberi petunjuk kepada peluasan penawaran dalam segmen rumah pintar. -Foto Amanz

Advertisement

Ringkasan AI

  • Apple akan mengadakan acara khas "Welcome Home" pada 13 Oktober, memberi petunjuk kepada peluasan penawaran dalam segmen rumah pintar.
  • Produk dijangka termasuk Apple TV 4K baharu, HomePod mini generasi kedua, dan hab rumah pintar dengan skrin sentuh serta sokongan Siri berasaskan AI.
  • LG Electronics dijangka memperkenalkan aksesori rumah pintar yang direka untuk integrasi dengan ekosistem Apple, termasuk kamera keselamatan dan kunci pintar.

CUPERTINO: Apple telah menghantar jemputan media bagi acara khas "Welcome Home" yang dijadual berlangsung pada 13 Okt ini, sekali gus memberi petunjuk bahawa syarikat itu bakal memperluas penawaran dalam segmen rumah pintar, lapor Amanz.

Tema "Welcome Home" turut dipaparkan menerusi klip acah yang dikongsi Naib Presiden Kanan Pemasaran Sedunia Apple, Greg Joswiak, dan dilihat mengesahkan fokus syarikat terhadap ekosistem rumah pintar.

Menurut laporan media teknologi antarabangsa, antara produk yang dijangka diperkenalkan ialah Apple TV 4K yang dikemas kini, HomePod mini generasi kedua serta hab rumah pintar baharu yang dilengkapi skrin sentuh dan sokongan Siri berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Selain produk teras berkenaan, perhatian turut terarah kepada laporan kerjasama antara Apple dan LG Electronics dalam pembangunan aksesori rumah pintar.

Menurut laporan itu, LG dijangka memperkenalkan beberapa aksesori termasuk kamera keselamatan, loceng pintu pintar, kunci pintar dan termostat yang direka untuk berintegrasi dengan ekosistem rumah pintar Apple.

Acara itu juga dijangka menjadi antara pelancaran produk utama terawal di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, John Ternus, yang mengambil alih jawatan tersebut daripada Tim Cook pada 1 Sept lalu.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Bilakah acara khas "Welcome Home" oleh Apple akan berlangsung? 
    A: Acara khas "Welcome Home" oleh Apple dijadual berlangsung pada 13 Oktober.
  • Q: Apakah fokus utama acara "Welcome Home" yang dianjurkan oleh Apple? 
    A: Fokus utama acara tersebut adalah terhadap ekosistem rumah pintar Apple.
  • Q: Produk baharu apa yang dijangka akan diperkenalkan oleh Apple dalam acara ini? 
    A: Produk yang dijangka diperkenalkan termasuk Apple TV 4K yang dikemas kini, HomePod mini generasi kedua, dan hab rumah pintar baharu dengan skrin sentuh serta sokongan Siri berasaskan kecerdasan buatan (AI).
  • Q: Apakah bentuk kerjasama antara Apple dan LG Electronics yang dilaporkan? 
    A: LG Electronics dijangka memperkenalkan beberapa aksesori rumah pintar seperti kamera keselamatan, loceng pintu pintar, kunci pintar, dan termostat yang direka untuk berintegrasi dengan ekosistem rumah pintar Apple.
  • Q: Siapakah Ketua Pegawai Eksekutif Apple yang baharu dan bila beliau mengambil alih jawatan tersebut? 
    A: Ketua Pegawai Eksekutif Apple yang baharu ialah John Ternus, yang mengambil alih jawatan tersebut daripada Tim Cook pada 1 September lalu.

Product Recommendation Section Title

Hy300 Wireless Pro Wifi Bluetooth Cinema Android Mini Led Small Projector projektor 4K Android Mini 1080P Wireless Hy300

Hy300 Wireless Pro Wifi Bluetooth Cinema Android Mini Led Small Projector projektor 4K Android Mini 1080P Wireless Hy300

Must Watch Video

Advertisement