Skip to main content

Teknologi

Bill Gates bimbang AI diguna lancar serangan biologi, gesa kerjasama global kawal risiko

Tennis - Australian Open - Melbourne Park, Melbourne, Australia - January 31, 2026 Bill Gates attends the men's doubles final match between Australia's Jason Kubler and Australia's Marc Polmans and Christian Harrison of the U.S. and Britain's Neal Skupski REUTERS/Tingshu Wang
Gates (foto) berkata beliau percaya China mungkin bersetuju mengehadkan pelepasan model AI yang berpotensi berbahaya sekiranya Amerika Syarikat (AS) mengambil langkah terlebih dahulu untuk menerajui usaha kawal selia di peringkat global. -Gambar fail
Advertisement

WASHINGTON: Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates, memberi amaran bahawa teknologi kecerdasan buatan (AI) berisiko disalahgunakan untuk menghasilkan molekul berbahaya yang boleh digunakan dalam serangan biologi.

Susulan kebimbangan itu, bilionair berkenaan dilapor sedang mengatur pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping, yang dijadualkan secara tentatif pada November bagi mengusulkan kerjasama antarabangsa dalam menangani risiko berkaitan AI.

Gates berkata beliau percaya China mungkin bersetuju mengehadkan pelepasan model AI yang berpotensi berbahaya sekiranya Amerika Syarikat (AS) mengambil langkah terlebih dahulu untuk menerajui usaha kawal selia di peringkat global.

Menerusi satu esei yang diterbitkan pada Rabu, Gates menggesa penubuhan badan antarabangsa baharu yang diilhamkan daripada mekanisme pemeriksaan senjata nuklear dan piawaian keselamatan penerbangan global bagi mengurus risiko AI.

Beliau berkata kerajaan di seluruh dunia perlu meningkatkan tahap persediaan dan tindak balas terhadap impak AI secara lebih agresif memandangkan teknologi itu berpotensi membawa kesan besar kepada keselamatan, ekonomi dan masyarakat.

Selain ancaman biologi, Gates turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan serangan siber, kehilangan pekerjaan akibat automasi serta pergantungan psikologi kanak-kanak dan remaja terhadap teknologi "rakan AI" (AI companion).

Beliau berkata hanya segelintir pemimpin dunia dilihat mengambil langkah proaktif bagi menangani pelbagai risiko yang dibawa oleh teknologi AI yang berkembang pesat.

Must Watch Video

Advertisement