Skip to main content

Teknologi

Bose ambil alih Skullcandy, sasar pengguna muda

Pengambilalihan ini dijangka memperluas pengaruh Bose dalam segmen pengguna muda, sukan aksi, permainan video, kecergasan dan muzik. -Foto Amanz
Pengambilalihan ini dijangka memperluas pengaruh Bose dalam segmen pengguna muda, sukan aksi, permainan video, kecergasan dan muzik. -Foto Amanz

Advertisement

Ringkasan AI

  • Bose Corporation mengumumkan pengambilalihan Skullcandy dalam satu urus niaga tanpa pendedahan nilai kepada umum.
  • Pengambilalihan ini dijangka memperluas pengaruh Bose dalam segmen pengguna muda, sukan aksi, permainan video, kecergasan dan muzik.
  • Skullcandy akan terus beroperasi sebagai jenama berasingan di bawah Bose dan mengekalkan pusat operasi di Park City, Utah.

BOSE Corporation mengumumkan pengambilalihan jenama audio gaya hidup popular, Skullcandy, menerusi satu urus niaga yang nilainya tidak didedahkan kepada umum.

Langkah itu dijangka membantu Bose memperluas pengaruhnya dalam kalangan pengguna muda serta segmen pasaran yang sebelum ini kurang dikuasainya, termasuk komuniti sukan aksi, permainan video, kecergasan dan muzik.

Sebelum pengambilalihan itu dimuktamadkan, kedua-dua syarikat telah menjalinkan kerjasama teknologi selama beberapa tahun menerusi program pelesenan "Sound by Bose".

Teknologi berkenaan sebelum ini digunakan pada beberapa produk Skullcandy termasuk fon telinga Method 360 ANC dan fon kepala Crusher 1080 ANC.

Bose menegaskan bahawa Skullcandy tidak akan digabungkan di bawah jenama Bose. Sebaliknya, syarikat itu akan terus beroperasi sebagai jenama berasingan di bawah bahagian Premium Consumer Audio milik Bose serta mengekalkan pusat operasinya di Park City, Utah, Amerika Syarikat.

Melalui pemilikan baharu itu, Skullcandy akan memperoleh akses yang lebih luas kepada teknologi, sumber, rangkaian pengedaran global dan hubungan komersial antarabangsa milik Bose bagi mempercepatkan pembangunan produk baharu, sambil mengekalkan identiti serta reka bentuk yang menjadi teras jenamanya.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah pengumuman utama yang dibuat oleh Bose Corporation? 
    A: Bose Corporation mengumumkan pengambilalihan jenama audio gaya hidup, Skullcandy, menerusi satu urus niaga yang nilainya tidak didedahkan.
  • Q: Apakah tujuan pengambilalihan Skullcandy oleh Bose? 
    A: Pengambilalihan ini bertujuan membantu Bose memperluas pengaruhnya dalam kalangan pengguna muda serta segmen pasaran seperti komuniti sukan aksi, permainan video, kecergasan dan muzik.
  • Q: Adakah Skullcandy akan digabungkan di bawah jenama Bose? 
    A: Skullcandy tidak akan digabungkan di bawah jenama Bose dan akan terus beroperasi sebagai jenama berasingan di bawah bahagian Premium Consumer Audio milik Bose.
  • Q: Apakah bentuk kerjasama yang pernah dijalinkan antara Bose dan Skullcandy sebelum ini? 
    A: Kedua-dua syarikat telah menjalinkan kerjasama teknologi menerusi program pelesenan "Sound by Bose" yang digunakan pada beberapa produk Skullcandy.
  • Q: Apakah manfaat yang akan diperoleh Skullcandy selepas pengambilalihan ini? 
    A: Skullcandy akan memperoleh akses lebih luas kepada teknologi, sumber, rangkaian pengedaran global dan hubungan komersial antarabangsa milik Bose untuk mempercepatkan pembangunan produk baharu sambil mengekalkan identiti jenamanya.

Product Recommendation Section Title

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

Must Watch Video

Advertisement