Skip to main content

Teknologi

GNOME 52 guna nama kod Terengganu, dilancar Mac 2027

Persidangan tahunan serantau itu akan menghimpunkan komuniti sumber terbuka bagi membincangkan pelbagai perkembangan ekosistem perisian bebas serta hala tuju ciri baharu persekitaran desktop GNOME. -Foto Amanz
Persidangan tahunan serantau itu akan menghimpunkan komuniti sumber terbuka bagi membincangkan pelbagai perkembangan ekosistem perisian bebas serta hala tuju ciri baharu persekitaran desktop GNOME. -Foto Amanz

Advertisement

Ringkasan AI

  • GNOME 52 akan menggunakan nama kod "Terengganu" dan dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada Mac 2027.
  • Pemilihan nama kod ini bersempena penganjuran GNOME.Asia Summit 2026 di Terengganu Digital 1303, Kuala Terengganu pada Oktober ini.
  • Tradisi GNOME menamakan keluaran berdasarkan lokasi persidangan diteruskan, seperti sebelum ini dengan "Kuala Lumpur", "Tokyo" dan "A Coruña".

KUALA LUMPUR: Persekitaran desktop popular bagi sistem operasi Linux, GNOME 52, bakal menggunakan nama kod "Terengganu" dan dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada Mac 2027, lapor Amanz.

Pembangun projek itu mengumumkan pemilihan nama kod berkenaan bersempena penganjuran GNOME.Asia Summit 2026 yang akan berlangsung di Terengganu Digital 1303 (TD1303), Kuala Terengganu, pada penghujung Oktober ini.

Persidangan tahunan serantau itu akan menghimpunkan komuniti sumber terbuka bagi membincangkan pelbagai perkembangan ekosistem perisian bebas serta hala tuju ciri baharu persekitaran desktop GNOME.

GNOME kini digunakan secara meluas sebagai antara muka utama bagi beberapa sistem operasi Linux popular termasuk Fedora dan Ubuntu.

Pemilihan nama kod berasaskan lokasi bukan perkara baharu bagi projek berkenaan.

Komuniti GNOME sebelum ini turut menggunakan nama bandar tuan rumah persidangan sebagai nama kod bagi keluaran tertentu selaras dengan tradisi pembangunan projek itu.

Malah, GNOME 44 yang dilancarkan pada 2023 pernah menggunakan nama kod "Kuala Lumpur", manakala keluaran lain menggunakan nama seperti "Tokyo" dan "A Coruña" sempena lokasi acara komuniti GNOME.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah nama kod bagi GNOME 52? 
    A: Nama kod bagi GNOME 52 ialah "Terengganu".
  • Q: Bilakah GNOME 52 dijadualkan untuk dilancarkan? 
    A: GNOME 52 dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada Mac 2027.
  • Q: Mengapa nama kod "Terengganu" dipilih untuk GNOME 52? 
    A: Nama kod "Terengganu" dipilih bersempena penganjuran GNOME.Asia Summit 2026 yang akan berlangsung di Terengganu.
  • Q: Apakah tujuan utama GNOME.Asia Summit 2026? 
    A: GNOME.Asia Summit 2026 bertujuan menghimpunkan komuniti sumber terbuka untuk membincangkan perkembangan ekosistem perisian bebas dan hala tuju ciri baharu GNOME.
  • Q: Adakah penggunaan nama kod berasaskan lokasi sesuatu yang baharu bagi projek GNOME? 
    A: Penggunaan nama kod berasaskan lokasi bukan perkara baharu bagi projek GNOME, kerana sebelum ini nama bandar tuan rumah persidangan turut digunakan sebagai nama kod keluaran tertentu.

Must Watch Video

Advertisement