Skip to main content

Teknologi

Google buka akses Gemini 4 Argon kepada pelanggan AI Pro, AI Ultra

Model AI termaju itu turut menawarkan peningkatan ketara dalam tugas pengaturcaraan komputer berbanding model terdahulu, sekali gus menyasarkan penggunaan bagi aplikasi perusahaan, penyelidikan serta pembangunan perisian. -Gambar fail/Amanz
Model AI termaju itu turut menawarkan peningkatan ketara dalam tugas pengaturcaraan komputer berbanding model terdahulu, sekali gus menyasarkan penggunaan bagi aplikasi perusahaan, penyelidikan serta pembangunan perisian. -Gambar fail/Amanz

Advertisement

Ringkasan AI

  • Google mula menawarkan model AI terbaharu, Gemini 4 Argon, kepada pelanggan Google AI Pro dan Google AI Ultra bermula hari ini.
  • Gemini 4 Argon menampilkan peningkatan prestasi, keupayaan penaakulan mendalam dan penyelesaian tugasan kompleks, serta respons lebih tuntas tanpa maklumat berulang.
  • Akses awal diberikan kepada pelanggan berbayar dan pembangun, sebelum diperluaskan kepada pengguna lain melalui variasi model Argon secara berperingkat.

Google mula menawarkan model kecerdasan buatan (AI) terbaharunya, Gemini 4 Argon, kepada pelanggan pelan Google AI Pro dan Google AI Ultra mulai hari ini, lapor Amanz.

Model generasi baharu itu hadir dengan peningkatan prestasi, khususnya dari segi keupayaan penaakulan mendalam dan penyelesaian tugasan yang lebih kompleks.

Menurut Google, Gemini 4 Argon direka untuk memberikan respons yang lebih langsung dan tuntas, selain mengurangkan pengulangan serta maklumat yang tidak diperlukan ketika memproses permintaan pengguna.

Model AI termaju itu turut menawarkan peningkatan ketara dalam tugas pengaturcaraan komputer berbanding model terdahulu, sekali gus menyasarkan penggunaan bagi aplikasi perusahaan, penyelidikan serta pembangunan perisian.

Pada peringkat awal, akses kepada model berkenaan dibuka kepada pelanggan berbayar dan pembangun, sebelum dijangka diperluaskan kepada segmen pengguna lain melalui variasi model Argon yang berbeza secara berperingkat.

Pengenalan Gemini 4 Argon selari dengan pendekatan baharu Google yang menyediakan akses kepada keupayaan AI berdasarkan tahap langganan pengguna dalam ekosistem perkhidmatannya.

Must Watch Video

Advertisement