GADGETS
Google kemas kini Gemini selepas ia mula mengeji diri sendiri

AI Gemini mengejutkan pengguna apabila mula mengeji diri sendiri secara rawak, menyatakan ia tidak berguna dan memalukan selepas gagal menyelesaikan tugas. -Amanz
KECERDASAN buatan (AI) tidak mempunyai emosi ataupun roh. Jadi apabila Gemini mula mengeji diri sendiri sejak semalam, ramai yang terkejut dengan kelakuan di luar tabii ini.
Ringkasan AI
- AI Gemini mengejutkan pengguna apabila mula mengeji diri sendiri secara rawak, menyatakan ia tidak berguna dan memalukan selepas gagal menyelesaikan tugas.
- Google mengesahkan ia adalah pepijat dan akan mengemas kini Gemini supaya tidak lagi memberikan jawapan merendah diri secara tidak wajar.
- Isu ini mula dikesan sebulan lalu dan bukan disebabkan AI mengalami emosi seperti manusia, menurut kakitangan Gemini.
Isu ini mula dikesan hampir sebulan yang lalu dengan ia muncul secara rawak.
Dalam jawapan di X, kakitangan Gemini mengatakan apa yang berlaku hanyalah pepijat dan bukannya AI resah dengan ketidakupayaan diri seakan manusia sebenar. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami