awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
Kes rasuah Tentera Darat: SPRM kesan beberapa individu lain terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google Maps untuk iOS kini boleh senaraikan lokasi berdasarkan tangkapan layar

Amanz
Amanz
10/05/2025
04:00 MYT
Google Maps untuk iOS kini boleh senaraikan lokasi berdasarkan tangkapan layar
Pengguna iPhone perlu mengemas kini aplikasi Google Maps dan pergi ke tab "You" untuk melihat senarai tangkapan layar yang diimbas. -Amanz
JIKA anda seorang pengguna peranti Apple iPhone, kemas kini kepada aplikasi peta digital Google Maps baru-baru ini membolehkannya mengimbas tangkapan layar lokasi yang diambil, dan menyenaraikannya dalam aplikasi tersebut.

Ringkasan AI
  • Google Maps kini boleh mengimbas tangkapan layar lokasi yang diambil pada peranti Apple iPhone dan menyenaraikannya dalam aplikasi tersebut.
  • Ciri ini menggunakan AI Gemini untuk mencari lokasi berdasarkan gambar atau alamat pada tangkapan layar.
  • Pengguna iPhone perlu mengemas kini aplikasi Google Maps dan pergi ke tab "You" untuk melihat senarai tangkapan layar yang diimbas.

Ciri ini telah diumumkan pada bulan Mac yang lalu, dan kini ia nampaknya sudah sedia digunakan oleh pengguna peranti Apple iPhone.
Google Maps menggunakan kemampuan AI Gemini untuk mengimbas tangkapan layar untuk mencari lokasi berdasarkan gambar pada tangkapan layar tersebut, ataupun alamat yang tertera padanya.
Ciri ini diharapkan memudahkan pengguna peranti iPhone untuk mengingati lokasi-lokasi menarik dengan lebih mudah, iaitu melalui penyenaraian lokasi di Google Maps, daripada perlu untuk mencari tangkapan layar yang diambil berbulan-bulan dahulu.
Untuk mengaktifkan ciri ini, pengguna iPhone hanya perlu memastikan bahawa aplikasi Google Maps sudah pun dikemas kini dengan versi yang terbaharu, dan kemudiannya pergi ke tab “You” untuk melihat senarai Screenshots.
Semua tangkapan layar yang diambil yang mempunyai gambar lokasi yang dikenali, ataupun alamat kepada sesebuah lokasi akan disimpan di sini. Ia kemudiannya boleh dipindahkan ke senarai lain sekiranya perlu.
Jika anda membenarkan Google Maps untuk mengakses semua gambar-gambar anda, ia akan mengimbas folder tangkapan layar anda dan akan mengimbas lokasi dan alamat yang ia ketahui.
Anda juga boleh memilih untuk memuat-naik gambar secara manual untuk imbasan ini untuk memastikan bahawa ia hanya mengimbas gambar-gambar yang anda mahukan.
Google mengatakan bahawa ciri ini akan hadir untuk peranti Android di masa akan datang. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google Maps
#AI Gemini
#cari lokasi berdasarkan gambar
#iPhone
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan