awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google uji ciri jana rumusan tambahan dengan AI pada AI Overviews

Amanz
Amanz
18/11/2024
03:50 MYT
Google uji ciri jana rumusan tambahan dengan AI pada AI Overviews
Ciri baharu ini boleh menjana ringkasan carian dengan AI berdasarkan teks yang dipilih. -Amanz
GOOGLE AI Overviews adalah ringkasan kepada carian yang dilakukan pengguna dalam Google Search. Ia boleh digunakan oleh lebih 1 bilion pengguna di 100 negara.

Ringkasan AI
  • Google AI Overviews: Ringkasan carian Google yang digunakan oleh lebih 1 bilion pengguna di 100 negara.
  • Kontroversi dan Pembetulan: Terdapat kontroversi mengenai fakta salah, tetapi Google telah melakukan banyak pembetulan dan akan menambah ciri ringkasan tambahan.
  • Ciri Baharu: Pengguna boleh menjana ringkasan carian tambahan berdasarkan teks yang dipilih, walaupun hanya satu ringkasan tambahan pada satu AI Overview buat masa ini.

Walaupun ada banyak kontroversi kerana ringkasan yang dilakukan berhalusinasi dengan memberi fakta salah serta mengarut, Google telah melakukan banyak pembetulan dan akan datang akan ada ciri ringkasan tambahan kepada AI Overviews pula.
Ciri ini dilihat adalah hasil carian tambahan kepada ringkasan yang telah dijana.
Misalnya jika pengguna mencari “how to cook al dente pasta?“, Google akan menjana senarai cara masak yang ringkas yang pengguna boleh pilih teks untuk salin dan sebagainya.
Ciri baharu ini boleh menjana ringkasan carian dengan AI berdasarkan teks yang dipilih.
Menurut sumber, versi awal ini dilihat pengguna hanya boleh menjana satu ringkasan carian tambahan pada satu AI Overviews.
Google dilihat benar-benar ingin pengguna bergantung kepada ringkasan informasi yang dijana AI. Google juga yakin yang ciri ini mula diterima oleh orang ramai sehingga sedia untuk memaparkan iklan.
Buat masa ini masih tidak pasti bila ciri ringkasan AI kepada hasil carian AI Overviews akan diberikan kepada semua pengguna. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google
#AI Overviews
#ciri ringkasan tambahan
#kontroversi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan