Apple Malaysia telah mengumumkan harga untuk iPhone XR, dan pra pesanan untuk produk tersebut dibuka 19 Oktober ini, jam 3 petang.

Untuk model 64GB, harga yang umumkan ialah RM3,599, manakala model 128GB berharga RM3,849 dan versi 256GB pula berharga RM4,299.

Bgai iPhone XR pula, ia boleh didapati dalam enam warna iaitu putih, hitam, biru, kuning, koral dan merah.

Peranti ini akan dilengkapi dengan Earpods dengan penyambung lightning, kabel penyambung lightning-USB, dan USB 5W adaptor kuasa.

Airpod tanpa wayar di jual berasingan pada harga RM649.

IPhone XR mempunyai paparan 6.1 inci dalam HD dan menggunakan cip Bionic A12 dan dikuasakan oleh iOS 12.

Ciri-ciri utama lain ialah kamera sudut lebar 12 megapiksel (f / 1.8) dengan zoom digital 5x, kamera depan 7 megapiksel (f / 2.2), rakaman video 4K dan kunci ID dibuka.

Harga untuk model iPhone XS dengan paparan 5.8in juga diumumkan. Model 64GB akan berharga RM4,999, manakala model 256 GB berharga RM5,699, dan model 512GB berharga RM6,649.

iPhone XS Max, dengan paparan skrin sebesar 6.5in akan berharga RM5,399 untuk model 64GB, RM6,099 untuk versi 256GB dan RM7,049 untuk 512GB.

IPhone XS dan XS Max akan dijual dalam tiga warna iaitu Silver, Space Grey dan Emas.

Kedua-dua model iPhone ini juga akan menggunakan cip Bionic A12 dan dikuasakan oleh iOS 12, serta mempunyai kamera sudut lebar 12 megapiksel dan kamera telefoto dan kamera depan 7 megapiksel.