Huawei lancarkan P30 Pro 'baharu', beroperasi dengan versi terkini Google

Isabelle Leong
September 6, 2019 12:20 MYT
P30 Pro yang boleh didapati dalam dua warna akan menemui penggunanya dengan sistem operasi Android 10 pada 20 September ini. - Twitter@Huawei_Europe
SYARIKAT pengeluar telefon terkenal, Huawei Technologies Co. melancarkan semula telefon pintarnya, P30 Pro yang boleh didapati dalam dua warna yang baharu iaitu 'Mystic Blue' and 'Misty Lavender' serta hadir dengan versi terkini perisian Google di beberapa negara.
Ketua Pegawai Eksekutif bahagian pelanggan Huawei, Richard Yu, bagaimanapun, tidak memberitahu negara mana yang akan menerima telefon pintar yang dilengkapkan dengan sistem operasi iaitu Android 10.
Katanya lagi, Huawei bakal memperkenalkan telefon pintar yang baharu pada 19 September ini di Munich.
Yu berkata demikian pada permulaan persidangan teknologi IFA yang bertempat di Berlin.

The all new Huawei P30 pro for pros with Android 10 .... ~ CEO Richard Yu@HuaweiMobileUK#HuaweiIFA2019 pic.twitter.com/NyiaZ4wJv0

— R@miz (@Apocalypse_Bug) September 6, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seorang lagi jurucakap daripada syarikat telekomunikasi gergasi China tersebut berkata P30 Pro akan menemui penggunanya dengan sistem operasi Android 10.
Memetik laporan Bloomberg, syarikat China tersebut hanya akan mendedahkan negara tertentu yang mempunyai akses kepada sistem Android berkenaan dalam ‘masa terdekat’.
Ia merupakan pengumuman terbaharu daripada gergasi teknologi China itu susulan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) yang memberi kesan pada pendapatan tahunan Huawei dari segi perniagaan pelanggan yang berjumlah sekitar AS$10 bilion (RM41.8 bilion).
BACA: Google tarik balik lesen Android buat Huawei, ini apa yang anda perlu tahu
Memandangkan produk tersebut merupakan kemas kini daripada model yang sedia ada, P30 Pro berkemungkinan dapat dipasarkan dengan perisian terkini Google.
P30 Pro bakal dipasarkan pada 20 September ini.
#Android 10 #Berlin #Google #Huawei #IFA #Ketua Pegawai Eksekutif bahagian pelanggan Huawei #Misty Lavender #Mystic Blue #P30 Pro #richard yu