awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IBM bina komputer kuantum 20,000 kali lebih berkuasa

Amanz
Amanz
11/06/2025
03:40 MYT
IBM bina komputer kuantum 20,000 kali lebih berkuasa
IBM mengumumkan pembangunan komputer kuantum baharu bernama Quantum Starling yang dijangka 20,000 kali lebih berkuasa daripada komputer kuantum sedia ada dan dijadual siap menjelang 2029. -Amanz
IBM mengumumkan rancangan membina komputer kuantum mereka yang 20,000 kali ganda lebih berkuasa berbanding komputer kuantum sedia ada.

Ringkasan AI
  • IBM mengumumkan pembangunan komputer kuantum baharu bernama Quantum Starling yang dijangka 20,000 kali lebih berkuasa daripada komputer kuantum sedia ada dan dijadual siap menjelang 2029.
  • Quantum Starling akan menggunakan 200 qubit logikal untuk melakukan 100 juta operasi kuantum dan memerlukan memori quindecillion kali ganda lebih besar berbanding superkomputer semasa.
  • Jika berjaya, IBM akan membina Quantum Blue Jay dengan keupayaan 1 bilion operasi kuantum, menjadikan teknologi ini sebagai asas kepada pengkomputeran kuantum praktikal dan berskala besar.

Komputer IBM Quantum Starling ini dijangka siap menjelang 2029 dan turut memerlukan quindecillion lebih banyak memori berbanding superkomputer yang wujud sekarang.
Apabila beroperasi kelak, ia akan menjadi komputer kuantum berskala besar bertoleransi kesalahan pertama di dunia yang menjadi pentas kepada pengkomputeran kuantum yang praktikal dan berskala.
Quantum Starling akan ditempatkan di Pusat Data Kuantum IBM di Poughkeepsie, Amerika Syarikat.
IBM menyasarkan Quantum Starling boleh melakukan 100 juta operasi kuantum menggunakan 200 qubit logikal.
Sekiranya ini dicapai, IBM akan membina pula Quantum Blue Jay dengan kemampuan 1 bilion operasi kuantum menggunakan 200 qubit logikal.
Komputer kuantum dibangunkan bagi menyelesaikan masalah matematik yang sebelum ini dikatakan tidak boleh diselesaikan.
Tahun lalu Google mengumumkan cip kuantum Willow mereka boleh menyelesaikan masalah yang memerlukan superkomputer kedua terpantas dunia Frontier 10,000,000,000,000,000,000,000,000 (10 septilion) tahun dalam masa kurang 5 minit.
Sepuluh septilion tahun ialah lebih tua daripada usia alam semesta.
Komputer kuantum berbeza dengan komputer biasa kerana ia tidak menyimpan data dalam bentuk binari. Sebaliknya ia menggunakan unit asas qubit yang boleh mempunyai dua nilai binari (0, 1) .
Dua qubit memberikan empat nilai (00, 01, 10, 11) manakala tiga qubit mempunyai lapan nilai (000, 001, 010, 100, 011, 110, 101, 111).
Peningkatan secara eksponen Ini membolehkan ia melakukan lebih banyak perkiraan serentak berbanding komputer konvensional. -Amanz
Topic Berkaitan
#pusat data
#IBM
#Quantum Starling
#komputer kuantum baharu
#superkomputer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan