awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IBM latih AI menerusi sambungan cahaya, kurang penggunaan kuasa 5 kali ganda

Amanz
Amanz
11/12/2024
04:34 MYT
IBM latih AI menerusi sambungan cahaya, kurang penggunaan kuasa 5 kali ganda
IBM mengumumkan teknologi baharu yang dapat mengurangkan penggunaan kuasa sehingga lima kali ganda ketika melatih model AI. -Amanz
MELATIH model kecerdasan buatan (AI) bukan sahaja menelan belanja yang tinggi untuk membeli perkakasan dan membina pusat data, tetapi turut memerlukan kuasa elektrik yang tinggi.

Ringkasan AI
  • IBM mengumumkan teknologi baharu yang dapat mengurangkan penggunaan kuasa sehingga lima kali ganda ketika melatih model AI.
  • Teknologi ini menggantikan sambungan tembaga dengan gentian polimer optikal, meningkatkan kadar pemindahan data sehingga 80 kali ganda lebih pantas.
  • Proses melatih model AI dapat dipercepatkan dari tiga bulan ke tiga minggu, mengurangkan penggunaan tenaga yang setara dengan kuasa untuk 5,000 rumah selama setahun.

Ini adalah antara sebab wujud gerakan anti-AI kerana ia dilihat sebagai teknologi yang membinasakan alam sekitar.
IBM hari ini mengumumkan kajian mereka dapat mengurangkan penggunaan kuasa sehingga lima kali ganda ketika melatih AI dan juga mempercepatkan proses sehingga 77%.
Kelemahan pada sistem sedia ada ialah pemindahan data antara komponen yang masih menggunakan tembaga.
Limitasi kadar pemindahan elektron dalam tembaga membuatkan wujud had kepantasan maksimum yang boleh dicapai.
Oleh itu penyelidik IBM membangunkan teknologi co-packaged optics (CPO) yang menggantikan sambungan tembaga dengan sambungan menggunakan gentian polimer optikal.
Menerusi CPU, pemindahan data jalur lebar pada kadar amat pantas dapat dilakukan antara cip, papan litar dan pelayar.
Kerana data dipindahkan menggunakan cahaya, sambungan sehingga ratusan meter masih lagu pantas jika dibandingkan dengan menggunakan kabel tembaga.
Kadar pemindahan data sehingga 80 kali ganda lebih pantas boleh dicapai menggunakan CPO
Yang lebih penting ialah penggunaan tenaga dapat dikurangkan sehingga lima kali ganda dengan IBM mengatakan ia bersamaan penggunaan kuasa untuk 5,000 rumah selama setahun.
Pemindahan pantas juga berjaya mengurangkan tempoh melatih model AI daripada 3 bulan ke 3 minggu. -Amanz
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#IBM
#kurangkan penggunaan kuasa
#latih AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan