Skip to main content

Teknologi

Krisis cip memori tekan pasaran, penghantaran telefon pintar global susut 11 peratus

AMANZ
Kemerosotan ini selaras dengan jangkaan industri sejak tahun lalu mengenai gangguan bekalan komponen memori utama, termasuk DRAM dan NAND. -Foto Amanz
Advertisement

PENGHANTARAN telefon pintar global pada suku kedua 2026 merosot 11 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, sekali gus mencatat paras terendah bagi suku kedua sejak 2013 berikutan krisis bekalan cip memori, lapor Amanz.

Laporan terbaharu firma penyelidikan Counterpoint Research mendapati kemerosotan itu selaras dengan jangkaan industri sejak tahun lalu mengenai gangguan bekalan komponen memori utama, termasuk DRAM dan NAND.

Samsung kekal di kedudukan teratas pasaran telefon pintar global dengan menguasai 24 peratus pegangan pasaran, diikuti Apple di tempat kedua dengan 20 peratus.

Xiaomi berada di tangga ketiga dengan 12 peratus pegangan pasaran, manakala Oppo dan Vivo masing-masing mencatat 11 peratus dan lapan peratus.

Walaupun jumlah penghantaran telefon pintar global menurun pada suku tersebut, Samsung dan Apple berjaya meningkatkan pegangan pasaran masing-masing, sementara pengeluar lain berdepan penyusutan yang lebih ketara.

Sebelum ini, Xiaomi, Oppo dan Vivo dilaporkan mengurangkan sasaran pengeluaran telefon pintar bagi tahun 2026 susulan peningkatan kos komponen dan ketidaktentuan bekalan cip memori.

Selain kekurangan bekalan cip memori dan kenaikan harga komponen, ketegangan geopolitik di Asia Barat yang meningkatkan kos minyak serta penghantaran turut menambah tekanan terhadap industri telefon pintar global berbanding tahun lalu.

 

Must Watch Video

Advertisement