GADGETS
Lebih 2 juta penulisan akademik tahun 2024 ditulis dengan bantuan AI - Kajian

Selepas 2024, penyelidik mendapati 66% perkataan yang digunakan secara berlebihan ialah kata kerja dan 14% adalah kata adjektif. - Gambar hiasan/Amanz
ADAKAH kecerdasan buatan (AI) akan merosakkan dunia akademik?
Persoalan ini masih belum terjawab kerana penggunaan AI pada skala besar hanya bermula tiga tahun yang lalu.
Bagi melihat impak AI dalam penulisan akademik, penyelidik dari Amerika Syarikat dan Jerman melakukan analisa ke atas 15 juta abstrak penulisan akademik yang dimuat naik ke pangkalan data PubMed.
Mereka mendapati sekurang-kurangnya 13.5% (sekitar 2.02 juta) penulisan akademik yang diterbitkan pada tahun 2024 menerima bantuan penulisan AI.Ini adalah berdasarkan frekuensi penggunaan perkataan tertentu sebelum dan selepas perkhidmatan AI mula diperkenalkan.
Penulisan mengenai Covid-19 dijadikan asas kajian ini.
Penggunaan terma dan perkataan tertentu yang sering dikaitkan dengan penulisan AI didapati meningkat.
Sebagai contoh sebelum 2024, 79.2% perkataan yang digunakan secara berlebihan ialah kata nama.
Selepas 2024, 66% perkataan yang digunakan secara berlebihan ialah kata kerja dan 14% adalah kata adjektif.
Penyelidik tidak mengatakan 13.5% penulisan akademik ini ditulis sepenuhnya oleh AI cuma terdapat tanda ia telah digunakan untuk menulisnya.
Adakah anda menggunakan AI untuk membantu proses penulisan di tempat kerja?
Sekiranya ya tidak ada apa yang perlu dimalukan kerana nampaknya AI juga digunakan secara meluas dalam bidang akademik semasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami