GADGETS
Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun

Laporan oleh Kementerian Sumber Manusia dan TalentCorp menyasarkan kira-kira 600,000 pekerja mungkin terkesan dalam tempoh 5 tahun akan datang akibat kecerdasan buatan, digitalisasi, dan ekonomi hijau. -Gambar fail/Reuters
BARU-BARU ini, kita telah mendengar ratusan pekerja di TikTok Malaysia dibuang, disebabkan oleh kematangan teknologi yang boleh menggantikan beberapa tugasan mereka.
Ringkasan AI
- Ratusan pekerja di TikTok Malaysia dibuang kerana kematangan teknologi yang menggantikan beberapa tugasan mereka.
- Laporan oleh Kementerian Sumber Manusia dan TalentCorp menyasarkan kira-kira 600,000 pekerja mungkin terkesan dalam tempoh 5 tahun akan datang akibat kecerdasan buatan, digitalisasi, dan ekonomi hijau.
- Sepuluh sektor utama yang dijangka terkesan termasuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Perkhidmatan Perniagaan Global, Pembuatan Farmaseutikal, dan lain-lain, melibatkan sekitar 3.5 juta pekerja mahir dan separuh mahir.
- Kajian lanjut akan melibatkan 14 sektor lagi.
Sektor-sektor ini mempunyai bilangan pekerja paling ramai, lebih kurang 3.5 juta pekerja mahir dan separuh mahir.
Kementerian Sumber Manusia dijangka membuat kajian lanjut melibatkan 14 sektor lagi dalam fasa seterusnya.
Laporan ini dijangka akan dikongsikan dalam masa terdekat, sekali gus akan membolehkan orang ramai bersedia dengan perkembangan teknologi, termasuk dari segi bakat dan kebolehan masing-masing. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami