GADGETS
Meta aktifkan sokongan pengiklanan pada Threads di peringkat global

Meta telah mengaktifkan sokongan pengiklanan pada Threads untuk semua pengiklan di seluruh dunia. -Amanz
META hari ini mengumumkan mereka telah mula mengaktifkan sokongan pengiklanan pada perkhidmatan terbaharu mereka, Threads, untuk semua pengiklan di seluruh dunia.
Ringkasan AI
- Meta telah mengaktifkan sokongan pengiklanan pada Threads untuk semua pengiklan di seluruh dunia.
- Pengiklanan boleh dilakukan melalui pilihan "Threads Feeds" dan Advantage ketika membuat kempen.
- Threads mempunyai lebih 300 juta pengguna aktif setiap bulan, yang dijangka membawa pulangan pendapatan bagi Meta.
Meta mengatakan pengenalan ini adalah secara berperingkat, mengikut beberapa pasaran untuk peringkat permulaan ini.
Pengiklanan boleh dilakukan melalui pilihan “Threads Feeds” ketika membuat kempen, termasuk menyertakan ia pada bahagian Advantage+.
Selari dengannya, Threads yang mempunyai lebih 300 juta pengguna aktif setiap bulan turut dijangka membawa kepada pulangan pendapatan bagi pihak Meta. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami