Skip to main content

Teknologi

Meta bina kabel bawah laut dengan kapasiti 1 petabit pertama dunia

Menurut Meta, keperluan penghantaran data rentas benua semakin penting berikutan pertumbuhan perkhidmatan digital dan peningkatan penggunaan aplikasi yang memerlukan sambungan berkelajuan tinggi. -Gambar Amanz
Menurut Meta, keperluan penghantaran data rentas benua semakin penting berikutan pertumbuhan perkhidmatan digital dan peningkatan penggunaan aplikasi yang memerlukan sambungan berkelajuan tinggi. -Gambar Amanz

Advertisement

Ringkasan AI

  • Meta mengumumkan pembangunan Petal, kabel dasar laut transoseanik pertama dunia dengan kapasiti sehingga satu petabit sesaat (1 Pbps).
  • Kabel sepanjang 7,000 kilometer ini akan menghubungkan Amerika Syarikat dan Perancis, dijangka mula beroperasi pada tahun 2029.
  • Petal menggunakan teknologi gentian berbilang teras, menawarkan kapasiti dua kali ganda kabel transoseanik sedia ada tanpa peningkatan saiz fizikal.

GERGASI teknologi Meta mengumumkan pembangunan Petal, kabel dasar laut transoseanik pertama di dunia yang direka untuk menawarkan kapasiti sehingga satu petabit sesaat (1 Pbps).

Projek infrastruktur berkenaan dibangunkan bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap pemindahan data global serta menyokong keperluan pengkomputeran dan ketersambungan internet berskala besar.

Menurut Meta, keperluan penghantaran data rentas benua semakin penting berikutan pertumbuhan perkhidmatan digital dan peningkatan penggunaan aplikasi yang memerlukan sambungan berkelajuan tinggi.

Petal dijangka menawarkan kapasiti pemindahan data sehingga dua kali ganda berbanding kabel transoseanik paling canggih yang digunakan ketika ini, tanpa memerlukan peningkatan sepadan dari segi penggunaan tenaga atau saiz infrastruktur fizikal.

Meta berkata kapasiti 1 Pbps itu bersamaan kira-kira keperluan rangkaian untuk membolehkan 75 peratus penduduk dunia menstrim muzik secara serentak.

Keupayaan tersebut dicapai menerusi penggunaan teknologi gentian berbilang teras (multi-core fiber), yang membolehkan dua teras penghantaran optik ditempatkan dalam satu gentian optik standard tanpa peningkatan ketara pada saiz fizikal kabel.

Kabel dasar laut sepanjang kira-kira 7,000 kilometer itu akan menghubungkan Amerika Syarikat dengan Perancis, dengan Meta menyasarkan sistem berkenaan mula beroperasi pada tahun 2029. Projek itu dibangunkan menerusi kerjasama dengan NEC, Sumitomo Electric Industries dan Orange.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah itu kabel dasar laut Petal yang diumumkan oleh Meta? 
    A: Petal ialah kabel dasar laut transoseanik pertama di dunia yang direka untuk menawarkan kapasiti sehingga satu petabit sesaat (1 Pbps).
  • Q: Apakah tujuan pembangunan kabel Petal oleh Meta? 
    A: Kabel Petal dibangunkan untuk memenuhi peningkatan permintaan pemindahan data global serta menyokong keperluan pengkomputeran dan ketersambungan internet berskala besar.
  • Q: Apakah kelebihan utama kabel Petal berbanding kabel transoseanik sedia ada? 
    A: Kabel Petal dijangka menawarkan kapasiti pemindahan data sehingga dua kali ganda berbanding kabel transoseanik paling canggih ketika ini, tanpa memerlukan peningkatan sepadan dari segi penggunaan tenaga atau saiz infrastruktur fizikal.
  • Q: Bagaimana teknologi gentian berbilang teras menyumbang kepada keupayaan kabel Petal? 
    A: Teknologi gentian berbilang teras membolehkan dua teras penghantaran optik ditempatkan dalam satu gentian optik standard tanpa peningkatan ketara pada saiz fizikal kabel.
  • Q: Bilakah kabel Petal dijangka mula beroperasi dan negara mana yang akan dihubungkan? 
    A: Kabel dasar laut sepanjang kira-kira 7,000 kilometer ini dijangka mula beroperasi pada tahun 2029 dan akan menghubungkan Amerika Syarikat dengan Perancis.

Must Watch Video

Advertisement