Skip to main content

Teknologi

Meta lancar Muse Spark Open, cabar dominasi model AI China

Meta melancarkan model AI terbuka baharu, Muse Spark Open, yang dikatakan mampu menandingi produk pesaing utama dari China. -Foto fail/Reuters
Meta melancarkan model AI terbuka baharu, Muse Spark Open, yang dikatakan mampu menandingi produk pesaing utama dari China. -Foto fail/Reuters

Advertisement

Ringkasan AI

  • Meta melancarkan model AI terbuka baharu, Muse Spark Open, yang dikatakan mampu menandingi produk pesaing utama dari China.
  • Muse Spark Open membenarkan pembangun luar memuat turun dan mengubah suai parameter model, berbeza dengan model tertutup seperti ChatGPT dan Claude.
  • Model ini dioptimumkan untuk tugasan pengekodan, ejen pintar, dan boleh beroperasi cekap pada cip M5 Ultra komputer Mac Studio melalui kerjasama dengan Apple.

SAN FRANCISCO: Gergasi teknologi Meta melancarkan model kecerdasan buatan (AI) terbuka baharu, Muse Spark Open, yang didakwa mampu menandingi malah mengatasi prestasi produk pesaing utama dari China, lapor AFP.

Ketua AI Meta, Alexandr Wang, berkata model terbaharu itu merupakan model pemberat terbuka (open-weight) buatan Amerika Syarikat yang paling berkeupayaan setakat ini.

Berbeza dengan model tertutup seperti Claude milik Anthropic atau ChatGPT milik OpenAI, pembangun luar boleh memuat turun parameter model tersebut untuk diubah suai mengikut keperluan masing-masing.

Langkah itu menyaksikan Meta bersaing secara langsung dengan firma China yang mendominasi pasaran model terbuka global menerusi produk seperti Qwen keluaran Alibaba, Kimi K3 oleh Moonshot AI dan GLM oleh Z.ai.

Meta berkata Muse Spark Open dibina khusus untuk tugasan pengekodan dan ejen pintar, selain mempunyai keupayaan tinggi mengendalikan tugasan jangka panjang, kejuruteraan perisian kompleks serta penaakulan pelbagai langkah.

Melalui kerjasama dengan Apple, model baharu itu turut dioptimumkan untuk beroperasi menggunakan cip M5 Ultra pada komputer Mac Studio, sekali gus membolehkan pengguna membina sistem yang berfungsi seperti komputer super di meja kerja mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple yang baharu, John Ternus, menyambut baik perkembangan itu dan berkata keupayaan menjalankan model berskala besar secara cekap terus meletakkan Mac Studio sebagai peneraju AI pada peranti.

Pelancaran model terbuka itu dibuat hanya beberapa hari selepas Meta memperkenalkan dua model tertutup mercu baharu, Wonder dan Wonder Full, pada 12 Oktober lalu bagi menandingi versi tercanggih ChatGPT dan Claude.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah Muse Spark Open yang dilancarkan oleh Meta? 
    A: Muse Spark Open ialah model kecerdasan buatan (AI) terbuka baharu yang dibangunkan oleh Meta dan didakwa mampu menandingi serta mengatasi prestasi produk pesaing utama dari China.
  • Q: Apakah kelebihan utama Muse Spark Open berbanding model tertutup lain? 
    A: Muse Spark Open membenarkan pembangun luar memuat turun parameter model untuk diubah suai mengikut keperluan, berbeza dengan model tertutup seperti Claude dan ChatGPT.
  • Q: Untuk tujuan apa Muse Spark Open dibina? 
    A: Muse Spark Open dibina khusus untuk tugasan pengekodan, ejen pintar, tugasan jangka panjang, kejuruteraan perisian kompleks, dan penaakulan pelbagai langkah.
  • Q: Bagaimana kerjasama dengan Apple memberi kelebihan kepada Muse Spark Open? 
    A: Muse Spark Open dioptimumkan untuk beroperasi menggunakan cip M5 Ultra pada Mac Studio, membolehkan pengguna membina sistem berfungsi seperti komputer super di meja kerja mereka.
  • Q: Apakah langkah Meta sebelum pelancaran Muse Spark Open? 
    A: Beberapa hari sebelum pelancaran Muse Spark Open, Meta memperkenalkan dua model tertutup baharu, Wonder dan Wonder Full, untuk menandingi versi tercanggih ChatGPT dan Claude.

Must Watch Video

Advertisement