Ringkasan AI
- Meta memperkenalkan siri model AI terbaharu, Muse Wonder, dengan tumpuan kepada pembantu digital peribadi dan profesional untuk tugasan kompleks.
- Muse Wonder dilengkapi ciri keselamatan siber dipertingkat, serta keupayaan Active Memory dan Active Focus untuk autonomi dan pengurusan konteks lebih baik.
- Langganan Muse bermula AS$20 sebulan, manakala Muse Wonder Full untuk pembangun ditawarkan melalui Muse Code pada kadar AS$50 hingga AS$200 sebulan.
MENLO PARK: Meta secara rasmi memperkenalkan siri model kecerdasan buatan (AI) terbaharunya, Muse Wonder, bagi meningkatkan keupayaan ejen pintar digital, lapor Amanz.
Model AI kelas frontier itu diperkenalkan sebagai model paling berkeupayaan yang pernah dibangunkan Meta, dengan tumpuan kepada fungsi pembantu digital peribadi dan profesional untuk mengendalikan tugasan yang kompleks.
Menurut Meta, siri Muse Wonder dilengkapi ciri keselamatan siber yang dipertingkat bagi mengelakkan pendedahan maklumat peribadi tanpa kebenaran serta menolak permintaan yang boleh disalah guna bagi tujuan serangan siber.
Model itu turut dibangunkan dengan keupayaan Active Memory dan Active Focus, yang membolehkannya mengekalkan konteks merentas perbualan, mencuba pendekatan alternatif apabila berdepan halangan serta meneruskan tugasan jangka panjang dengan tahap autonomi yang lebih tinggi.
Buat masa ini, keupayaan berkenaan ditawarkan kepada pengguna aplikasi Muse terlebih dahulu, dengan kadar langganan bulanan bermula antara AS$20 (kira-kira RM85) hingga AS$100 (kira-kira RM426).
Bagi pembangun dan jurutera perisian pula, Meta menawarkan model yang lebih berkuasa iaitu Muse Wonder Full, yang boleh diakses menerusi langganan perkhidmatan pengekodan AI, Muse Code, pada kadar AS$50 (kira-kira RM213) hingga AS$200 (kira-kira RM852) sebulan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah itu Muse Wonder yang diperkenalkan oleh Meta?
A: Muse Wonder ialah siri model kecerdasan buatan (AI) terbaharu daripada Meta yang direka untuk meningkatkan keupayaan ejen pintar digital, dengan tumpuan kepada pembantu digital peribadi dan profesional. - Q: Apakah ciri keselamatan yang terdapat pada Muse Wonder?
A: Muse Wonder dilengkapi ciri keselamatan siber yang dipertingkat untuk mengelakkan pendedahan maklumat peribadi tanpa kebenaran dan menolak permintaan yang boleh disalah guna bagi tujuan serangan siber. - Q: Apakah keupayaan utama yang ditawarkan oleh Muse Wonder?
A: Muse Wonder mempunyai keupayaan Active Memory dan Active Focus, membolehkannya mengekalkan konteks perbualan, mencuba pendekatan alternatif apabila berdepan halangan, serta meneruskan tugasan jangka panjang dengan autonomi lebih tinggi. - Q: Berapakah kadar langganan untuk menggunakan Muse Wonder?
A: Kadar langganan bulanan untuk pengguna aplikasi Muse bermula antara AS$20 (kira-kira RM85) hingga AS$100 (kira-kira RM426). - Q: Apakah pilihan langganan untuk pembangun dan jurutera perisian?
A: Meta menawarkan Muse Wonder Full untuk pembangun dan jurutera perisian, boleh diakses melalui langganan Muse Code pada kadar AS$50 (kira-kira RM213) hingga AS$200 (kira-kira RM852) sebulan.