Skip to main content

Teknologi

Meta perluas ciri Your Algorithm ke Facebook, kawalan Feed kini lebih diperibadikan

Ciri AI perbualan itu akan memproses arahan berkenaan untuk menapis kandungan pada ruangan Feed dan Reels di aplikasi serta laman web Facebook. -Gambar fail
Ciri AI perbualan itu akan memproses arahan berkenaan untuk menapis kandungan pada ruangan Feed dan Reels di aplikasi serta laman web Facebook. -Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • Meta memperkenalkan ciri baharu di Facebook yang membolehkan pengguna memberikan input khusus mengenai kandungan yang ingin dilihat.
  • Ciri ini menggunakan model bahasa besar (LLM) untuk memahami maklum balas teks bebas pengguna dan menyesuaikan paparan kandungan secara masa nyata.
  • Pengguna boleh mengubah tetapan minat pada bila-bila masa, dan ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat di seluruh dunia.

META mula memperluas ciri kawalan kecerdasan buatan (AI) terbaharu, Your Algorithm, ke platform Facebook bagi membolehkan pengguna menetapkan minat dan memperibadikan paparan kandungan mereka secara langsung menggunakan bahasa harian.

Langkah itu diambil susulan pengenalan ciri sama di Instagram serta ciri Dear Algo di Threads sebelum ini, sekali gus memudahkan pengguna memberikan input khusus mengenai kandungan yang ingin dilihat mengikut kecenderungan masing-masing.

Melalui ciri baharu itu, Meta memanfaatkan sokongan model bahasa besar (LLM) untuk memahami konteks dan nuansa maklum balas teks bebas yang ditulis pengguna apabila mereka menekan menu tiga titik dan memilih butang Interested atau Not Interested pada sesuatu hantaran.

Ciri AI perbualan itu akan memproses arahan berkenaan untuk menapis kandungan pada ruangan Feed dan Reels di aplikasi serta laman web Facebook.

Pengguna juga mempunyai fleksibiliti untuk mengubah tetapan minat tersebut pada bila-bila masa, sekali gus membolehkan sistem pemeringkatan algoritma menyesuaikan paparan kandungan secara masa nyata dalam sesi penggunaan yang sama.

Ciri baharu itu sedang diperkenalkan secara berperingkat oleh Meta menerusi kemas kini menu fungsi hantaran dan dijangka ditawarkan kepada pengguna di seluruh dunia dalam masa terdekat.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah ciri baharu yang diperkenalkan oleh Meta di Facebook? 
    A: Meta memperkenalkan ciri AI perbualan yang membolehkan pengguna memberikan input khusus mengenai kandungan yang ingin dilihat melalui butang Interested atau Not Interested pada sesuatu hantaran.
  • Q: Bagaimana ciri baharu ini berfungsi untuk pengguna? 
    A: Ciri ini menggunakan model bahasa besar (LLM) untuk memahami maklum balas teks bebas pengguna dan menapis kandungan pada Feed dan Reels mengikut kecenderungan yang dinyatakan.
  • Q: Adakah pengguna boleh mengubah tetapan minat mereka? 
    A: Ya, pengguna mempunyai fleksibiliti untuk mengubah tetapan minat pada bila-bila masa, membolehkan sistem menyesuaikan paparan kandungan secara masa nyata.
  • Q: Di mana ciri ini akan tersedia? 
    A: Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat melalui kemas kini menu fungsi hantaran dan dijangka ditawarkan kepada pengguna di seluruh dunia dalam masa terdekat.
  • Q: Apakah tujuan utama pengenalan ciri ini oleh Meta? 
    A: Tujuan utama adalah untuk memudahkan pengguna memberikan input khusus mengenai kandungan yang ingin dilihat, serta menyesuaikan paparan kandungan mengikut kecenderungan masing-masing.

Must Watch Video

Advertisement