Skip to main content

Teknologi

Meta tambah fungsi baharu dalam aplikasi Edits untuk pencipta kandungan

Antara ciri baharu yang diperkenalkan ialah Audio Links, yang membolehkan pencipta kandungan menambah pautan audio boleh klik daripada pustaka Instagram bagi membawa penonton kepada lagu atau bunyi tertentu. -Foto Amanz
Antara ciri baharu yang diperkenalkan ialah Audio Links, yang membolehkan pencipta kandungan menambah pautan audio boleh klik daripada pustaka Instagram bagi membawa penonton kepada lagu atau bunyi tertentu. -Foto Amanz

Advertisement

META memperkenalkan beberapa fungsi baharu dalam aplikasi penyuntingan video mudah alihnya, Edits, bagi memperluas keupayaan pengguna menghasilkan dan mengurus kandungan video.

Kemas kini itu menambah pelbagai pilihan penyuntingan serta alat penciptaan kandungan yang disepadukan terus dalam aplikasi berkenaan, lapor Amanz.

Antara ciri baharu yang diperkenalkan ialah Audio Links, yang membolehkan pencipta kandungan menambah pautan audio boleh klik daripada pustaka Instagram bagi membawa penonton kepada lagu atau bunyi tertentu.

Meta turut memperkenalkan Popular Topics, iaitu fungsi yang membantu pengguna mengenal pasti topik yang sedang mendapat perhatian pengikut mereka untuk dijadikan idea kandungan baharu.

Bagaimanapun, akses kepada analitik Popular Topics dilaporkan terhad kepada akaun pencipta kandungan yang mempunyai lebih 10,000 pengikut dalam pasaran terpilih buat masa ini.

Selain itu, ciri Kits membolehkan pengguna menyimpan tetapan penyuntingan seperti palet warna, teks, kapsyen dan elemen audio untuk digunakan semula pada projek akan datang bagi memastikan konsistensi gaya kandungan.

Pada masa sama, lebih 50 kesan video baharu turut ditambah, termasuk animasi pergerakan masuk dan keluar serta pilihan transisi baharu untuk memperluas pilihan penyuntingan video.

Pelancaran fungsi berkenaan mencerminkan usaha Meta memperkukuh ekosistem pencipta kandungannya dan meningkatkan daya saing aplikasi Edits dalam segmen penyuntingan video mudah alih.

Melalui kemas kini yang diedarkan secara berperingkat, pengguna kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyesuaikan kandungan video mengikut keperluan dan gaya masing-masing.

Must Watch Video

Advertisement