GADGETS
Microsoft, OpenAI tandatangani perjanjian persefahaman perkongsian teknologi

Microsoft dan OpenAI sedang merunding perjanjian baharu untuk menukar OpenAI daripada syarikat bukan untung kepada perbadanan faedah awam. -Amanz
SEPERTI yang sedia maklum, Microsoft dan OpenAI adalah rakan pembangun teknologi di mana OpenAI menggunakan teknologi awanan Microsoft untuk membina platform model bahasa raya ChatGPT, manakala Microsoft pula menggunakan asas teknologi LLM ChatGPT untuk membina platform kecerdasan buatan Microsoft Copilot.
Ringkasan AI
- Microsoft dan OpenAI sedang merunding perjanjian baharu untuk menukar OpenAI daripada syarikat bukan untung kepada perbadanan faedah awam.
- OpenAI akan menyerahkan pegangan bernilai $100 bilion kepada badan bukan untung yang mengawal keputusan syarikat bagi memastikan peralihan berjalan lancar.
- Perjanjian ini dijangka mempercepatkan pulangan pelaburan Microsoft sebanyak $13 bilion dan menjamin kelangsungan OpenAI sebagai entiti korporat.
Menurut laporan New York Times, dengan perjanjian sedia ada, Microsoft yang sebelum ini telah melaburkan sebanyak $13 bilion pada OpenAI kini memegang 49 peratus daripada keuntungan semasa dan masa hadapan syarikat tersebut.
Berkemungkinan besar, perjanjian baru ini adalah untuk memastikan kelangsungan syarikat OpenAI sebagai sebuah entiti korporat, tetapi pada masa yang sama membolehkan Microsoft untuk mengaut kembali pelaburan OpenAI mereka pada kadar yang lebih pantas.
Buat masa ini, perbincangan masih lagi sedang berlaku diantara kedua-dua syarikat ini sebelum memorandum persefahaman tersebut ditandatangani tidak lama lagi. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami