Skip to main content

Teknologi

Microsoft perkenal alat kawalan permainan Xbox Nano Controller

Alat kawalan baharu ini mempunyai panjang lebih lima inci dan berat hanya 99 gram. Ia direka khas untuk pengguna bertangan kecil, kanak-kanak serta mereka yang mengutamakan kemudahan penyimpanan. -Foto Amanz
Alat kawalan baharu ini mempunyai panjang lebih lima inci dan berat hanya 99 gram. Ia direka khas untuk pengguna bertangan kecil, kanak-kanak serta mereka yang mengutamakan kemudahan penyimpanan. -Foto Amanz

Advertisement

MICROSOFT memperkenalkan alat kawalan permainan video terbaharu bersaiz kompak, Xbox Nano Controller, bagi memenuhi keperluan pemain yang gemar mengembara serta mahukan aksesori yang mudah dibawa ke mana-mana, lapor Amanz.

Alat kawalan baharu ini mempunyai panjang lebih lima inci dan berat hanya 99 gram. Ia direka khas untuk pengguna bertangan kecil, kanak-kanak serta mereka yang mengutamakan kemudahan penyimpanan.

Walaupun hadir dengan reka bentuk padat, Xbox Nano Controller dilengkapi kesemua 18 input kawalan yang terdapat pada alat kawalan Xbox bersaiz standard, selain satu butang tambahan yang boleh diprogramkan untuk fungsi seperti tangkapan layar dan rakaman skrin.

Berbeza dengan model standard, peranti kompak ini menggunakan bateri terbina dalam yang boleh dicas semula menerusi sambungan USB-C.

Dari segi ketersambungan, aksesori ini menyokong sambungan Xbox Wireless untuk konsol Xbox Series X|S dan Xbox One, manakala Bluetooth disediakan untuk kegunaan pada PC Windows 10 dan Windows 11, peranti Android dan iOS, tablet serta televisyen pintar yang serasi.

Microsoft telah membuka pratempahan bagi alat kawalan ini di beberapa pasaran terpilih pada harga AS$49.99 (kira-kira RM215). Unit jualan dijangka mula dipasarkan pada November ini.

Must Watch Video

Advertisement