GADGETS
Microsoft tamatkan sokongan untuk Windows 11 SE pada Oktober 2026

Sokongan untuk Windows 11 SE akan ditamatkan pada Oktober 2026, termasuk kemas kini dan bantuan teknikal. -Amanz
PADA 2021 lalu, Microsoft telah memperkenalkan edisi sistem operasi Windows 11 yang dioptimasikan untuk komputer berspesifikasi rendah, dan ditujukan untuk bersaing bersama penawaran ChromeOS oleh Google.
Ringkasan AI
- Microsoft memperkenalkan Windows 11 SE pada 2021 untuk komputer berspesifikasi rendah, disasarkan kepada pelajar.
- Sokongan untuk Windows 11 SE akan ditamatkan pada Oktober 2026, termasuk kemas kini dan bantuan teknikal.
- Pengguna disarankan beralih ke peranti yang menyokong Windows 11 penuh selepas sokongan ditamatkan.
Selari dengannya, kini Microsoft menyatakan akan menamatkan sokongan untuk sistem operasi berkenaan.
Microsoft mengatakan akan menamatkan sokongan termasuk kemas kini perisian, bantuan teknikal dan juga kemas kini sekuriti untuk Windows 11 SE, berkuat kuasa Oktober 2026.
Microsoft mengatakan peranti yang menggunakan Windows 11 SE boleh terus digunakan, namun, pengguna diminta beralih ke peranti lain yang menyokong Windows 11 penuh. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami