awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima termasuk kanak‑kanak cedera dalam insiden tembakan ketika perarakan Mardi Gras di Louisiana
Terbuka Australia: Rybakina muncul juara, julang gelaran grand slam kedua
SpaceX dilapor pertimbang gabung syarikat bersama Tesla
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NVIDIA dilapor tangguh rundingan pelaburan sehingga AS$100 bilion dalam OpenAI

Amanz
Amanz
01/02/2026
03:00 MYT
NVIDIA dilapor tangguh rundingan pelaburan sehingga AS$100 bilion dalam OpenAI
Laporan berasaskan sumber industri itu menyebut rundingan yang dimulakan sejak September lalu masih belum bergerak ke peringkat seterusnya. -Foto Amanz
NVIDIA dilaporkan menangguhkan sementara rundingan pelaburan sehingga AS$100 bilion ke OpenAI susulan pelbagai kebimbangan dalaman terhadap skala dan struktur perjanjian berkenaan.

Ringkasan AI
  • NVIDIA menangguhkan rundingan pelaburan ke OpenAI sehingga AS$100 bilion susulan kebimbangan berkenaan skala dan struktur perjanjian, yang masih belum bergerak ke peringkat seterusnya.
  • Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA, Jensen Huang, menolak dakwaan penarikan diri syarikatnya dan menyatakan bahawa NVIDIA masih akan menyertai pelaburan baharu OpenAI, tetapi tidak pada jumlah AS$100 bilion yang disebutkan.
  • OpenAI terus mencari pelaburan baru daripada syarikat teknologi utama untuk menampung kos infrastruktur, sambil menghadapi persaingan sengit daripada Google dan Anthropic dalam bidang kecerdasan buatan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Laporan berasaskan sumber industri itu menyebut rundingan yang dimulakan sejak September lalu masih belum bergerak ke peringkat seterusnya.
Menurut laporan The Wall Street Journal, beberapa eksekutif NVIDIA bimbang komitmen sebesar itu mungkin tidak sejajar dengan strategi jangka panjang syarikat.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA Jensen Huang secara terbuka menolak dakwaan bahawa syarikatnya menarik diri, sambil menyifatkan laporan tersebut sebagai mengarut dan menegaskan NVIDIA masih akan menyertai pusingan pelaburan baharu OpenAI — namun jumlahnya tidak menghampiri AS$100 bilion.
Sumber turut memaklumkan Huang secara peribadi menyuarakan kegusaran terhadap disiplin perniagaan OpenAI, selain persaingan yang semakin sengit daripada Google dan Anthropic.
Kebergantungan OpenAI kepada cip berprestasi tinggi juga menjadikan kestabilan pembiayaan sebagai faktor penting dalam pembinaan pusat data berskala besar.
Dalam masa yang sama, OpenAI terus mencari pelaburan baharu daripada beberapa syarikat teknologi utama bagi menampung kos infrastruktur, termasuk kerjasama sedia ada dengan Microsoft, Amazon dan penyedia awan lain.
Google menggunakan cip TPU keluaran sendiri, manakala Anthropic menggunakan gabungan TPU Google dan cip Amazon Trainium, sekali gus mengurangkan kebergantungan pesaing terhadap perkakasan NVIDIA.
Walau bagaimanapun, NVIDIA kekal melihat OpenAI sebagai antara pelanggan utamanya dalam pasaran kecerdasan buatan dan percaya sokongan pembiayaan masih diperlukan bagi meneruskan pembangunan model generatif berskala besar. -Amanz

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapakah NVIDIA menangguhkan rundingan pelaburan ke OpenAI sehingga AS$100 bilion? A: NVIDIA menangguhkan rundingan pelaburan ke OpenAI susulan kebimbangan terhadap skala dan struktur perjanjian yang belum sehaluan dengan strategi jangka panjang syarikat.
  • Q: Apakah respons Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA terhadap dakwaan penarikan diri syarikat daripada rundingan dengan OpenAI? A: Jensen Huang menolak dakwaan penarikan diri NVIDIA, menyifatkan laporan tersebut sebagai mengarut dan mengesahkan syarikat masih akan menyertai pusingan pelaburan baharu OpenAI, walaupun bukan pada jumlah AS$100 bilion.
  • Q: Mengapakah NVIDIA menyatakan sokongan terhadap OpenAI walaupun menghadapi persaingan sengit dengan Google dan Anthropic? A: NVIDIA melihat OpenAI sebagai pelanggan penting dalam pasaran kecerdasan buatan dan percaya sokongan pembiayaan masih diperlukan bagi pembangunan model generatif berskala besar, walaupun persaingan semakin sengit.
  • Q: Bagaimanakah kebergantungan OpenAI kepada cip berprestasi tinggi mempengaruhi kestabilan pembiayaan syarikat? A: Kebergantungan OpenAI kepada cip berprestasi tinggi menjadikan kestabilan pembiayaan sebagai faktor penting dalam pembinaan pusat data berskala besar, yang memerlukan sokongan pelaburan dari syarikat teknologi utama.
  • Q: Apakah tindakan OpenAI dalam mencari pelaburan baru bagi menampung kos infrastruktur? A: OpenAI terus mencari pelaburan baru daripada beberapa syarikat teknologi utama, termasuk kerjasama dengan Microsoft, Amazon, dan penyedia awan lain, bagi menampung kos infrastruktur yang diperlukan bagi pembangunan model generatif berskala besar.

Topic Berkaitan
#NVIDIA
#OpenAI
#rundingan pelaburan
#Jensen Huang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan