GADGETS
OpenAI, Oracle tandatangani perjanjian perkakasan awanan baharu bernilai RM1.26 trilion

OpenAI bekerjasama dengan Oracle dan Softbank untuk membangunkan Project Stargate, pusat data AI bernilai $500 bilion menjelang 2029. -Foto Amanz
JIKA anda mengikuti perkembangan dunia teknologi kecerdasan buatan, anda pasti mengetahui bahawa OpenAI sedang dalam proses untuk membangunkan satu projek pusat data AI yang dinamakan Project Stargate di Amerika Syarikat untuk memperkasakan kemampuan AI syarikat dan negara tersebut.
Ringkasan AI
- OpenAI bekerjasama dengan Oracle dan Softbank untuk membangunkan Project Stargate, pusat data AI bernilai $500 bilion menjelang 2029.
- Perjanjian bernilai $300 bilion ditandatangani untuk pembelian perkakasan dan teknologi awanan, dengan keperluan kuasa mencecah 4.5GW.
- Projek ini melonjakkan nilai saham Oracle dan menjadikan Larry Ellison individu terkaya dunia buat sementara waktu.
Menjelang 2029, OpenAI dijangka akan membelanjakan sebanyak $119 bilion untuk pembangunan teknologi AI mereka, dari pembangunan perisian, latihan AI dan juga pelaburan dalam pusat data mereka sendiri.
Aktiviti pecah tanah sudahpun bermula untuk Project Stargate, dimana tapak pembangunan untuk pusat data Stargate 1 di Abilene, Texas, dan 19 pusat data lain dijangka bermula sepanjang tahun ini juga.
Keseluruhan pelaburan kewangan untuk Project Stargate dianggarkan bernilai $500 bilion apabila ia dijangka siap sekitar tahun 2029.
Dalam pada itu, pengumuman ini juga telah melonjakkan nilai saham syarikat Oracle, dan menjadikan CEO dan pemilik syarikat, Larry Ellison sebagai manusia terkaya di dunia untuk seketika. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami