Skip to main content

Teknologi

Oracle bakal buang ribuan pekerja bagi menampung pelaburan AI

81467343372_OracleHQ.jpg
Oracle kini mengalami krisis aliran tunai kerana komitmen perbelanjaan yang tinggi untuk mengembangkan infrastruktur awanan bagi memenuhi permintaan pelanggan seperti OpenAI, xAI dan Meta. -Foto Amanz

ORACLE dilapor merancang memberhentikan ribuan pekerja bulan ini berikutan tekanan kewangan daripada peluasan pusat data kecerdasan buatan (AI), lapor Amanz.

Syarikat itu berdepan peningkatan kos selepas menandatangani urusan besar bernilai kira-kira AS$300 bilion dengan OpenAI bagi menyediakan kuasa pengkomputeran skala besar.

Advertisement

Menurut laporan itu, Oracle kini mengalami krisis aliran tunai kerana komitmen perbelanjaan yang tinggi untuk mengembangkan infrastruktur awanan bagi memenuhi permintaan pelanggan seperti OpenAI, xAI dan Meta.

Sebahagian jawatan juga dijangka dipotong kerana peranan tersebut semakin berkurangan akibat automasi berasaskan AI.

Syarikat turut memperlahankan atau membekukan pengambilan pekerja baharu dalam bahagian awanan sebagai langkah penjimatan, di samping menilai semula keperluan jawatan sedia ada.

Pada masa ini, Oracle mempunyai sekitar 162,000 pekerja sepenuh masa, menurut pemfailan tahunannya.

Pelaburan besar ke dalam pusat data AI ini menyebabkan kebimbangan dalam kalangan pelabur berhubung peningkatan hutang dan aliran tunai negatif syarikat, sekali gus memberi tekanan kepada prestasi saham Oracle sejak tahun lalu.

Must Watch Video