Pengguna kini boleh tetapkan had masa tatalan harian untuk kandungan YouTube Shorts

YouTube memperkenalkan ciri baharu untuk menetapkan had masa tatalan Shorts bagi menggalakkan tabiat penggunaan yang lebih sihat. -Foto Amanz
YOUTUBE memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menetapkan had masa tatalan bagi kandungan Shorts menerusi aplikasi mudah alih.
Ringkasan AI
- YouTube memperkenalkan ciri baharu untuk menetapkan had masa tatalan Shorts bagi menggalakkan tabiat penggunaan yang lebih sihat.
- Ciri ini akan digabungkan dalam kawalan ibu bapa menjelang hujung tahun, membolehkan notifikasi tidak boleh ditutup bagi akaun yang diawasi.
- Langkah ini sejajar dengan usaha platform lain seperti Instagram dan TikTok dalam meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan teknologi secara terkawal.
Apabila pengguna mencapai had masa yang ditetapkan, sistem akan memaparkan notifikasi yang boleh ditutup sebagai tanda tatalan Shorts dihentikan untuk hari tersebut.
Bagi akaun yang diawasi, ibu bapa boleh menetapkan notifikasi yang tidak boleh ditutup sekali gus memperkukuh kawalan terhadap masa tontonan anak-anak.
Langkah ini juga sejajar dengan usaha platform lain seperti Instagram dan TikTok yang turut menyediakan ciri pengurusan masa.
Dalam masa sama, ia dijangka dapat meningkatkan kesedaran pengguna terhadap penggunaan teknologi secara lebih terkawal. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


