awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WEF2026: Empat realiti AI yang sering disalah faham
WEF2026: China pilih pendekatan pragmatik dalam perlumbaan AI global
WEF2026: India dijangka muncul ekonomi ketiga terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintis teknologi GPS Gladys West meninggal dunia

Amanz
Amanz
21/01/2026
03:45 MYT
Perintis teknologi GPS Gladys West meninggal dunia
Gladys West, pakar matematik AS yang terkenal dengan sumbangannya dalam pembangunan model geodetik yang menjadi asas kepada teknologi GPS, meninggal dunia pada usia 95 tahun. -Foto Amanz
PAKAR matematik Amerika Syarikat (AS), Gladys West, yang memainkan peranan penting dalam pembangunan model geodetik yang menjadi asas kepada teknologi Global Positioning System (GPS), meninggal dunia 17 Januari pada usia 95 tahun.

Ringkasan AI
  • Gladys West, pakar matematik Amerika Syarikat yang terkenal dengan sumbangannya dalam pembangunan model geodetik yang menjadi asas kepada teknologi GPS, meninggal dunia pada usia 95 tahun.
  • West, seorang graduan Virginia State College, menjadi antara wanita kulit hitam terawal yang bekerja sebagai ahli matematik di US Naval Proving Ground pada tahun 1956.
  • Sumbangan West dalam membangunkan model bentuk bumi dengan ketepatan tinggi melalui komputer berskala besar telah menjadi asas kepada pembangunan GPS moden yang digunakan secara meluas pada hari ini.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
West, yang dilahirkan pada 1930 di Sutherland, Virginia, merupakan graduan Virginia State College dalam bidang matematik sebelum memulakan kerjaya di US Naval Proving Ground (kini Naval Surface Warfare Center) pada 1956.
Di sinilah beliau menjadi antara wanita kulit hitam terawal yang diambil bekerja sebagai ahli matematik.
This morning the world lost a pioneer in Dr Gladys West, she passed peacefully alongside her family and friends and is now in heaven with her loved ones. We thank you in advance for all of the love and prayers you have and will continue to provide pic.twitter.com/FJ3aGfEiHP
— Dr. Gladys B. West (@DrGladysBWest) January 18, 2026
Sepanjang kerjayanya pada 1960-an hingga 1980-an, West membangunkan model bentuk bumi dengan ketepatan tinggi menggunakan komputer berskala besar.
Model ini kemudiannya menjadi asas kepada pembangunan GPS moden yang digunakan dalam navigasi, keselamatan, ketenteraan serta peranti harian hari ini.
Sumbangan West hanya mendapat pengiktirafan meluas beberapa dekad kemudian.
Beliau menerima pelbagai penghargaan termasuk kemasukan ke United States Air Force Hall of Fame pada 2018.
Keluarga mendiang mengumumkan pemergiannya menerusi ciapan pada 18 Januari 2026, menyatakan beliau pergi dengan aman dikelilingi ahli keluarga. -Amanz

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah Gladys West dan apakah sumbangan penting beliau dalam teknologi GPS? A: Gladys West merupakan seorang pakar matematik Amerika Syarikat yang memainkan peranan penting dalam pembangunan model geodetik yang menjadi asas kepada teknologi GPS.
  • Q: Apa yang membuat Gladys West unik dalam kerjayanya sebagai ahli matematik? A: Gladys West adalah salah seorang wanita kulit hitam terawal yang diambil bekerja sebagai ahli matematik, dan beliau membangunkan model bentuk bumi dengan ketepatan tinggi menggunakan komputer berskala besar.
  • Q: Bagaimana sumbangan Gladys West mempengaruhi perkembangan teknologi GPS moden? A: Model yang dibangunkan oleh Gladys West kemudiannya menjadi asas kepada pembangunan GPS moden yang digunakan dalam navigasi, keselamatan, ketenteraan serta peranti harian hari ini.

Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#Gladys West
#pakar matematik
#teknologi GPS
#wanita kulit hitam terawal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan