Skip to main content

Teknologi

Pop Mart saman platform perkongsian fail cetakan 3D Labubu

Pop Mart Saman Platform Perkongsian Fail Cetakan 3D Labubu
Fail-fail ini membolehkan orang ramai mencetak sendiri figura Labubu di rumah menggunakan pencetak 3D Bambu Lab, sekali gus menjejaskan potensi jualan rasmi. -Foto Amanz

DEMAM patung Labubu yang pernah mencetuskan fenomena di Malaysia kini kembali mendapat perhatian apabila Pop Mart memfailkan saman terhadap syarikat pencetak 3D Bambu Lab di China berhubung pelanggaran hak cipta membabitkan watak popular itu, lapor Amanz.

Menurut laporan, Pop Mart memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Rakyat Daerah Pudong, Shanghai, selepas mendapati platform perkongsian fail MakerWorld milik Bambu Lab membenarkan ribuan fail model 3D Labubu dimuat naik oleh pengguna tanpa kebenaran.

Advertisement

Fail-fail ini membolehkan orang ramai mencetak sendiri figura Labubu di rumah menggunakan pencetak 3D Bambu Lab, sekali gus menjejaskan potensi jualan rasmi.

Selepas saman difailkan, MakerWorld bertindak memadam semua fail berkaitan Labubu.

Bagaimanapun, berlaku kesilapan operasi apabila sebahagian model lain yang tidak berkaitan turut dipadam sebelum dipulihkan semula.

Kes berprofil tinggi ini dijadualkan didengar pada 2 April 2026, dan dianggap sebagai kes penting dalam menentukan sejauh mana platform perkongsian model 3D bertanggungjawab terhadap kandungan dimuat naik oleh pengguna mereka.

Must Watch Video