KUALA LUMPUR: Ramadan dinamakan sebagai detik penuh kebaikan atau 'kindest moment' di platform milik Meta iaitu Facebook dan Instagram.
Meta mengumumkan laporan hasil penyelidikan pengguna tahunan yang dinamakan Kajian Detik Ramadan Meta, pada Khamis.
Kajian itu dijalankan dengan kerjasama YouGov dengan lebih 13,000 responden di sembilan negara, termasuk Malaysia.
Tinjauan di Instagram sahaja menunjukkan terdapat 13.4 juta interaksi yang menyebut tentang kebersamaan, hubungan dan komuniti sepanjang Ramadan.
Menurut Pengarah Negara Meta Malaysia Nicole Tan, dengan bilangan pengguna digital tertinggi berbanding negara lain di Asia Tenggara, Malaysia memperlihatkan kelebihan tersendiri apabila aspek kebaikan menerima capaian yang tinggi terutama sepanjang bulan Ramadan.
"Saya boleh katakan dua atau tiga perkara yang menonjol bagi Malaysia ialah aspek kebaikan sangat tinggi. Ia memuncak di Malaysia.
"Yang kedua ialah pencipta, rakyat Malaysia memang menyukai kandungan asli oleh pencipta.
"Yang ketiga ialah pemesejan perniagaan, penduduk di Asia Tenggara lebih arif tentang pemesejan perniagaan, berbanding banyak negara lain.
"Sebanyak 99 peratus rakyat Malaysia ialah pengguna digital, jadi orang ramai membeli dalam talian dan akhir sekali tempoh perancangan kerana Ramadan adalah detik yang besar untuk kita semua.
"Orang ramai merancang lebih awal," kata Nicole ketika ditemui dalam sesi taklimat ringkas berhubung dapatan kajian tersebut di ibu pejabat Meta, pada Khamis.
Antara dapatan kajian itu ialah 92 peratus individu yang menyambut Ramadan di Malaysia gemarkan kandungan yang mempromosikan komuniti dan kebersamaan.
Penceritaan jenama juga memainkan peranan apabila 70 peratus pembeli didapati meluangkan masa yang lebih untuk menonton video dalam talian semasa Ramadan.
Sementara itu, dua daripada tiga pembeli sukakan pengalaman beli-belah yang diperibadikan, manakala 59 peratus merasa lebih keterhubungan menerusi pemesejan perniagaan.
Menerusi dapatan kajian ini, Meta berharap jenama dan perniagaan boleh menjangkakan tingkah laku pengguna mereka semasa Ramadan dan membuat perancangan sewajarnya.
"Kami melihat bahawa pengguna pada bulan Ramadan lebih suka melibatkan diri dengan kandungan yang mempromosikan komuniti dan kebersamaan, jadi kami menggalakkan jenama dan perniagaan.
"Jika anda melakukan penceritaan jenama, cuba membina mesej komuniti, kebersamaan dan kebaikan ini, ia menerima sambutan sangat baik di platform ini, dengan pengguna di platform kami," ujarnya.
Madiha Abdullah
Fri Feb 10 2023

Kata Nicole, Meta berharap jenama dan perniagaan boleh menjangkakan tingkah laku pengguna mereka semasa Ramadan dan membuat perancangan sewajarnya. -Bernama

Agong, Permaisuri zahir ucapan sempena Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di negara ini.
![AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015183/41774397131679489990358_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Hakim Rahman Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Bila puasa? pengumumannya sebentar lagi. - PM mula lawatan rasmi ke Arab Saudi, selesai tunai umrah. - Tun Mahathir nafi arah Ops Lalang. - Kerajaan sama sekali tidak sokong LGBT. #AWANInews

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

Solat terawih di padang terbuka, rutin biasa di Kelantan
Hampir setiap tahun kerajaan Kelantan menganjurkan Madinatul Ramadhan atau solat terawih bukan di masjid sebaliknya dilaksanakan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke empat. Untuk butiran lanjut bersama Muhafandi Muhamad.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok iaitu pada Khamis, 23 Mac 2023.

Tindakan tegas mengikut undang-undang pihak sokong LGBT
Kerajaan tidak sesekali menyokongan sebarang program mempunyai unsur LGBT dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar dasar kerajaan.

Ramadan: Masjid Hagia Sophia dibersihkan dengan air mawar
Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid dan dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun sama.

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

Pengisytiharan Permulaan Puasa 1444H / 2023M
Sebentar tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sriu Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan hari pertama umat Islam berpuasa ialah pada Khamis atau esok 23 Mac 2023. Sebelum berakhir .... ikuti semula pengumuman berkenaan.

Belanda: Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi
Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.

Agong, Permaisuri zahir ucapan sempena Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok iaitu pada Khamis, 23 Mac 2023.

Ramadan: Masjid Hagia Sophia dibersihkan dengan air mawar
Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid dan dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun sama.

Ramadan: Waktu operasi puncak LRT, Monorel, MRT dan bas diawalkan
Waktu operasi puncak pagi itu diselaraskan sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu 7 pagi hingga 9 pagi.

Mencari Hilal Ramadan, eksklusif Astro AWANI bersiaran dari Menara KL malam ini
Siaran eksklusif berkenaan bagi merakam kemeriahan menjelang pengumuman 1 Ramadan melalui segmen 'Mencari Hilal Ramadan' di menara ikonik yang berketinggian 421 meter.

PM Anwar, isteri selesai mengerjakan umrah
Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja tiga hari di negara itu atas undangan kerajaan Arab Saudi.

Perihal bulan puasa di Malaysia
Bulan Ramadan disifatkan bulan penuh kemuliaan oleh umat Islam.

Pelajar Malaysia jadi mutawif bimbing delegasi PM Anwar tunai umrah
Seorang pelajar Malaysia teruja apabila dipilih sebagai mutawif bagi membimbing Anwar dan delegasinya yang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi, melaksanakan umrah hari ini.

Kadar zakat fitrah di Pahang RM7, RM14, RM21
Kadar minimum zakat fitrah di Pahang tahun ini ditetapkan RM7, namun umat Islam negeri ini digalakkan menunaikan kewajipan itu dengan menggunakan harga beras dimakan iaitu RM14 dan RM21.

Arab Saudi sedia terima jutaan jemaah umrah sepanjang Ramadan
Setiap kali bulan puasa, umat Islam dari seluruh dunia akan berkunjung ke Tanah Suci untuk merebut ganjaran pahala.