Skip to main content

Teknologi

Sony perkenal QSSR untuk PS5, bawa peningkatan grafik berasaskan AI

Pengenalan ciri itu mencerminkan perubahan strategi Sony memandangkan PlayStation Spectral Super Resolution (PSSR) sebelum ini hanya tersedia pada model PS5 Pro. -Gambar fail
Pengenalan ciri itu mencerminkan perubahan strategi Sony memandangkan PlayStation Spectral Super Resolution (PSSR) sebelum ini hanya tersedia pada model PS5 Pro. -Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • Sony memperkenalkan ciri Quick Spectral Super Resolution (QSSR) untuk PlayStation 5 standard, meningkatkan kualiti visual permainan menggunakan teknologi kecerdasan buatan.
  • QSSR dibangunkan melalui kerjasama antara Sony dan AMD di bawah Project Amethyst, memanfaatkan rangkaian AI untuk resolusi dan kestabilan imej lebih baik.
  • Dua permainan pertama yang menyokong QSSR ialah Marvel's Wolverine dan Ghost of Yōtei, dengan lebih banyak judul akan menerima teknologi ini pada masa depan.

TOKYO: Gergasi teknologi Sony secara rasmi memperkenalkan ciri peningkatan grafik baharu, Quick Spectral Super Resolution (QSSR), untuk konsol PlayStation 5 standard bagi meningkatkan kualiti visual permainan video menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI).

Pengenalan ciri itu mencerminkan perubahan strategi Sony memandangkan PlayStation Spectral Super Resolution (PSSR) sebelum ini hanya tersedia pada model PS5 Pro.

Berbanding kaedah peningkatan grafik konvensional, PSSR menggunakan rangkaian AI untuk menganalisis imej permainan secara terperinci sebelum meningkatkan resolusi dengan perincian piksel yang lebih baik serta kestabilan imej yang dipertingkat.

QSSR dibangunkan menerusi Project Amethyst, iaitu kerjasama pembangunan teknologi grafik berasaskan AI antara Sony dan syarikat pembuat cip AMD.

Buat masa ini, dua judul pertama yang menerima sokongan QSSR ialah Marvel's Wolverine dan Ghost of Yōtei.

Sony turut memaklumkan teknologi itu akan ditawarkan kepada lebih banyak pembangun permainan pada masa akan datang.

Bagi menikmati peningkatan visual itu, pemain boleh mengaktifkan pilihan grafik "Fidelity Mode with QSSR" dalam tetapan permainan yang disokong.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah itu Quick Spectral Super Resolution (QSSR) yang diperkenalkan oleh Sony? 
    A: QSSR ialah ciri peningkatan grafik baharu untuk PlayStation 5 standard yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kualiti visual permainan video.
  • Q: Bagaimana QSSR berbeza daripada kaedah peningkatan grafik konvensional? 
    A: QSSR menggunakan rangkaian AI untuk menganalisis imej permainan secara terperinci sebelum meningkatkan resolusi dengan perincian piksel yang lebih baik dan kestabilan imej yang dipertingkat.
  • Q: Apakah permainan pertama yang menyokong QSSR di PlayStation 5? 
    A: Dua judul pertama yang menerima sokongan QSSR ialah Marvel's Wolverine dan Ghost of Yōtei.
  • Q: Siapakah rakan kerjasama Sony dalam pembangunan QSSR? 
    A: QSSR dibangunkan menerusi kerjasama antara Sony dan syarikat pembuat cip AMD melalui Project Amethyst.
  • Q: Bagaimana pemain boleh mengaktifkan QSSR dalam permainan yang disokong? 
    A: Pemain boleh mengaktifkan peningkatan visual QSSR dengan memilih "Fidelity Mode with QSSR" dalam tetapan grafik permainan yang disokong.

Must Watch Video

Advertisement