Skip to main content

Teknologi

Sony tutup Bluepoint Games, studio olahan semula Demon’s Souls

Sony Studios/Bluepoint Games
Penutupan ini berlaku lima tahun selepas studio yang berpusat di Texas itu diambil alih untuk berada di bawah PlayStation Studios. -Foto Amanz

SONY akan menutup Bluepoint Games, studio yang terkenal dengan olahan semula Demon’s Souls dan Shadow of the Colossus, bermula Mac 2026.

Sony berkata keputusan itu dibuat selepas kajian perniagaan terkini dijalankan.

Advertisement

Penutupan ini berlaku lima tahun selepas studio yang berpusat di Texas itu diambil alih untuk berada di bawah PlayStation Studios.

Bluepoint Games sebelum ini dikenali melalui kejayaan olahan semula Demon’s Souls pada 2020, namun projek terbaharu mereka — permainan God of War berasaskan live‑service — dibatalkan pada tahun lalu.

Menurut laporan, sekitar 70 kakitangan terjejas dengan keputusan ini.

Penutupan tersebut turut menamatkan spekulasi peminat yang berharap agar Bluepoint menghasilkan olahan semula Bloodborne selepas kejayaan projek‑projek terdahulu.

 

Must Watch Video