Skip to main content

Teknologi

WhatsApp perkenal ciri panggilan tetamu tanpa perlu akaun

Bagi menjamin keselamatan pengguna, tetamu yang dijemput tidak mempunyai akses untuk melihat nombor telefon peserta lain, menghantar mesej dalam sembang panggilan atau menambah peserta baharu secara terus ke dalam panggilan. -Foto Amanz
Bagi menjamin keselamatan pengguna, tetamu yang dijemput tidak mempunyai akses untuk melihat nombor telefon peserta lain, menghantar mesej dalam sembang panggilan atau menambah peserta baharu secara terus ke dalam panggilan. -Foto Amanz

Advertisement

Ringkasan AI

  • WhatsApp kini memperkenalkan ciri panggilan tetamu yang membolehkan penyertaan tanpa akaun berdaftar untuk panggilan audio dan video.
  • Ciri ini menawarkan panggilan disulitkan hujung ke hujung tanpa had masa, berbeza dengan beberapa platform persidangan lain yang mempunyai sekatan masa.
  • Tetamu perlu mendapat kelulusan hos sebelum menyertai, dan tidak boleh melihat nombor peserta, menghantar mesej, atau menambah peserta baharu.

WHATSAPP secara rasmi memperkenalkan ciri panggilan tetamu baharu yang membolehkan sesiapa menyertai panggilan audio dan video di platform itu, walaupun tidak mempunyai akaun berdaftar, lapor Amanz.

Sebelum pengenalan kemas kini global berkenaan, perkhidmatan panggilan digital itu hanya ditawarkan kepada pengguna aplikasi tersebut.

Ciri itu memudahkan orang ramai menggunakan perkhidmatan panggilan yang disulitkan hujung ke hujung (E2EE) tanpa had masa penggunaan.

Pada masa sama, ia membezakan perkhidmatan berkenaan daripada sesetengah platform persidangan video komersial yang mengenakan sekatan tempoh penggunaan bagi pengguna tertentu.

Bagi menjamin keselamatan pengguna, tetamu yang dijemput tidak mempunyai akses untuk melihat nombor telefon peserta lain, menghantar mesej dalam sembang panggilan atau menambah peserta baharu secara terus ke dalam panggilan.

Selain itu, setiap tetamu yang menggunakan pautan jemputan akan ditempatkan di ruang menunggu (waiting room) terlebih dahulu dan perlu mendapat kelulusan hos panggilan sebelum dibenarkan menyertai sesi komunikasi yang menyokong sehingga 32 peserta.

Untuk menggunakan ciri baharu itu, pengguna hanya perlu membuka tab Panggilan (Calls) dalam aplikasi WhatsApp, memilih ikon "+" dan mencipta pautan panggilan (call link) untuk dikongsi dengan rakan atau rakan sekerja.

Individu yang menerima pautan tersebut boleh menyertai panggilan terus dengan memasukkan nama mereka menerusi pelayar web komputer tanpa perlu memuat turun aplikasi tambahan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah ciri baharu yang diperkenalkan oleh WhatsApp? 
    A: WhatsApp memperkenalkan ciri panggilan tetamu yang membolehkan sesiapa menyertai panggilan audio dan video tanpa memerlukan akaun berdaftar.
  • Q: Bagaimana tetamu boleh menyertai panggilan WhatsApp tanpa akaun? 
    A: Tetamu boleh menyertai panggilan dengan menggunakan pautan jemputan dan memasukkan nama mereka melalui pelayar web komputer tanpa perlu memuat turun aplikasi tambahan.
  • Q: Apakah langkah keselamatan yang diambil untuk ciri panggilan tetamu ini? 
    A: Tetamu tidak boleh melihat nombor telefon peserta lain, menghantar mesej dalam sembang panggilan, atau menambah peserta baharu secara terus. Mereka juga perlu mendapat kelulusan hos sebelum menyertai panggilan.
  • Q: Berapakah jumlah maksimum peserta yang boleh menyertai panggilan menggunakan ciri baharu ini? 
    A: Panggilan boleh menyokong sehingga 32 peserta dalam satu sesi komunikasi.
  • Q: Bagaimana cara untuk mencipta pautan panggilan di WhatsApp? 
    A: Pengguna perlu membuka tab Panggilan dalam aplikasi WhatsApp, memilih ikon "+", dan mencipta pautan panggilan untuk dikongsi dengan rakan atau rakan sekerja.

Must Watch Video

Advertisement