Skip to main content

Teknologi

WhatsApp tingkat keselamatan akaun dengan sokongan kata laluan alfanumerik

Sumber: AMANZ
Melalui kemas kini baharu itu, sistem berkenaan kini menyokong penggunaan kata laluan alfanumerik dengan panjang minimum lapan aksara, termasuk gabungan huruf, angka dan aksara khas seperti '@', '!' serta '$'. -Foto Amanz
Advertisement

SAN FRANCISCO: Aplikasi sembang popular WhatsApp memperkenalkan ciri keselamatan pengesahan dua faktor (2FA) yang dipertingkat bagi menyukarkan akaun pengguna daripada diceroboh oleh penggodam, lapor Amanz.

Melalui kemas kini baharu itu, sistem berkenaan kini menyokong penggunaan kata laluan alfanumerik dengan panjang minimum lapan aksara, termasuk gabungan huruf, angka dan aksara khas seperti '@', '!' serta '$'.

Langkah itu menamatkan had sistem terdahulu yang sejak 2017 hanya menggunakan PIN enam digit sebagai lapisan keselamatan tambahan, sekali gus mengurangkan risiko kata laluan diteka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Syarikat induknya, Meta, berkata ciri keselamatan baharu itu mula ditawarkan kepada pengguna di seluruh dunia selepas lebih satu bilion pengguna mengaktifkan sistem kunci laluan.

Ciri berkenaan boleh diaktifkan dengan mudah menerusi antara muka peranti Android dan iOS dengan mengakses menu Tetapan, diikuti Akaun dan Pengesahan Dua Langkah.

Must Watch Video

Advertisement