Skip to main content

Teknologi

WhatsApp uji antara muka Liquid Glass untuk pengguna beta iOS

Sumber: AMANZ
Gaya rekaan itu, yang dipopularkan oleh Apple menerusi iOS 26, membawakan elemen kedalaman berlapis serta kesan visual terapung pada aplikasi permesejan berkenaan. -Foto Amanz

MENLO PARK: WhatsApp mula menguji antara muka baharu dikenali sebagai Liquid Glass untuk sekumpulan pengguna beta iOS terpilih, yang menampilkan rekaan seakan kaca dengan kesan separa telus, lapor Amanz.

Gaya rekaan itu, yang dipopularkan oleh Apple menerusi iOS 26, membawakan elemen kedalaman berlapis serta kesan visual terapung pada aplikasi permesejan berkenaan.

Advertisement

Menerusi kemas kini versi 26.14.76, pengguna boleh melihat bar navigasi yang kelihatan terapung, selain perubahan pada reka bentuk butang, menu konteks dan papan kekunci yang menerima sentuhan gaya kaca dengan animasi yang lebih lancar.

WhatsApp turut merancang untuk meluaskan penggunaan Liquid Glass ke bahagian pemain mesej suara dalam kemas kini akan datang, bagi memastikan keselarasan reka bentuk di seluruh aplikasi.

Walaupun ciri itu kini mula diterima oleh lebih ramai pengguna beta, ia masih belum tersedia kepada semua pengguna, dengan penawaran penuh dijangka dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Sebelum ini, aplikasi pesaing seperti Telegram telah lebih awal memperkenalkan rekaan antara muka seakan kaca pada platform mereka.

Must Watch Video