Skip to main content

Teknologi

YouTube sasar pasaran buku audio, bakal cabar Spotify dan Audible

Langkah baharu itu akan meletakkan YouTube sebagai pesaing kepada Spotify, yang telah memperluas penawaran buku audionya ke lebih banyak pasaran, selain bersaing dengan Audible milik gergasi e-dagang Amazon. -Gambar fail
Langkah baharu itu akan meletakkan YouTube sebagai pesaing kepada Spotify, yang telah memperluas penawaran buku audionya ke lebih banyak pasaran, selain bersaing dengan Audible milik gergasi e-dagang Amazon. -Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • YouTube merancang untuk memperkenalkan ciri buku audio pada platformnya seawal 2027 bagi memperluaskan penawaran kandungan digital.
  • Google telah mengadakan pertemuan dengan penerbit buku untuk membawa kandungan rasmi dan mengekang penyebaran buku audio tidak sah di YouTube.
  • Ciri ini dijangka disepadukan dengan langganan YouTube Premium, bersaing dengan Spotify dan Audible dalam pasaran buku audio.

YOUTUBE sedang merancang untuk mengintegrasikan ciri buku audio pada platformnya yang dijangka diperkenalkan seawal 2027 bagi mempelbagaikan penawaran kandungan digital, lapor Amanz.

Bagi menjayakan usaha tersebut, platform penstriman video milik Google itu dilapor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa penerbit buku dalam usaha membawa kandungan rasmi mereka terus ke YouTube, sekali gus mengekang penyebaran buku audio tidak sah termasuk rakaman yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Langkah baharu itu akan meletakkan YouTube sebagai pesaing kepada Spotify, yang telah memperluas penawaran buku audionya ke lebih banyak pasaran, selain bersaing dengan Audible milik gergasi e-dagang Amazon.

Ciri berkenaan dijangka disepadukan bersama langganan YouTube Premium sedia ada. Berdasarkan laporan awal, YouTube turut mempertimbangkan model yang membolehkan pelanggan mengakses satu judul buku setiap bulan selain menawarkan perpustakaan digital yang kandungannya berubah secara berkala.

Sebagai perbandingan, Spotify kini menawarkan akses mendengar buku audio selama 15 jam sebulan kepada pelanggan Premium yang layak. Pengguna yang memerlukan masa tambahan boleh melanggan pakej Audiobooks+ bagi memperoleh jam pendengaran tambahan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah perancangan YouTube berkaitan buku audio? 
    A: YouTube merancang untuk mengintegrasikan ciri buku audio pada platformnya yang dijangka diperkenalkan seawal 2027.
  • Q: Apakah tujuan YouTube mengadakan pertemuan dengan penerbit buku? 
    A: YouTube mengadakan pertemuan dengan penerbit buku untuk membawa kandungan rasmi mereka ke platform tersebut dan mengekang penyebaran buku audio tidak sah termasuk rakaman menggunakan kecerdasan buatan (AI).
  • Q: Bagaimana ciri buku audio YouTube akan ditawarkan kepada pengguna? 
    A: Ciri buku audio dijangka disepadukan bersama langganan YouTube Premium, dengan pertimbangan model akses satu judul buku setiap bulan dan perpustakaan digital yang kandungannya berubah secara berkala.
  • Q: Siapakah pesaing utama YouTube dalam penawaran buku audio? 
    A: Pesaing utama YouTube ialah Spotify dan Audible milik Amazon.
  • Q: Bagaimana penawaran buku audio Spotify berbanding dengan perancangan YouTube? 
    A: Spotify menawarkan akses mendengar buku audio selama 15 jam sebulan kepada pelanggan Premium, dan pengguna boleh melanggan pakej Audiobooks+ untuk jam tambahan.

Product Recommendation Section Title

REEBOK SHARP RD-SHA-G9-POPO-BW ORANGE SILICON STRAP MEN WATCH

REEBOK SHARP RD-SHA-G9-POPO-BW ORANGE SILICON STRAP MEN WATCH

3-in-1 Bluetooth Selfie Stick – 360° Rotation, Monopod Tripod With Remote Control & Detachable Shutter

3-in-1 Bluetooth Selfie Stick – 360° Rotation, Monopod Tripod With Remote Control & Detachable Shutter

Kids Android Tablet 7”

Kids Android Tablet 7”

Simkad BeONE Prepaid by Redone | Sim Card Internet High Speed 4G 5G Unlimited Call

Simkad BeONE Prepaid by Redone | Sim Card Internet High Speed 4G 5G Unlimited Call

【UGREEN × Genshin Impact Series】130W 20000mAh Powerbank, 2-in-1 25W Magflow Magnetic Charger Fast Charging Qi2 iPhone 17

【UGREEN × Genshin Impact Series】130W 20000mAh Powerbank, 2-in-1 25W Magflow Magnetic Charger Fast Charging Qi2 iPhone 17

Kids Android Tablet 7”

Kids Android Tablet 7”

Must Watch Video

Advertisement