Penantian itu sudah berakhir

Nabihah Hamid
April 3, 2013 10:50 MYT
Lega! Itulah yang saya rasa sebaik sahaja, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini.
Teka-teki tarikh pembubaran akhirnya terjawab — genap empat tahun Najib jadi PM selepas mengambil alih pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
Sewaktu tiba di pejabat awal pagi tadi, hati saya sebenarnya masih tidak lagi pasti apakah ini harinya. Masakan tidak, ini bukan kali pertama hari-hari seperti itu datang -- bubar atau tidak?
Apabila saya tiba di perkarangan Istana Negara, itulah juga perasaan yang dikongsi oleh banyak wartawan dan jurukamera yang telah seawal 7 pagi menunggu ketibaan Perdana Menteri mengadap Yang Di-Pertuan Agong.

Media Menunggu ketibaan Perdana Menteri DS @najibrazak mengadap Yang diPertuan Agong di Istana Negara @501awani twitter.com/beeha3/status/…

— Nabihah Hamid (@beeha3) April 3, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Bubar ke ni, atau perjumpaan mingguan macam selalu?" tanya seorang wartawan.
"Tapi hari ini ada sesi bergambar Jemaah Menterikan?" jawab seorang yang lain.
"Eh, bukan PM nak pergi umrah malam ini?" balas seorang lagi.
Tepat jam 8.25 pagi, kereta PM muncul. Rakan-rakan jurukamera terus ligat beraksi merakamkan detik-detik itu. Saya ambil gambar ini.

Ketibaan PM @najibrazak di Istana Negara jam 8.25 pagi. twitter.com/beeha3/status/…

— Nabihah Hamid (@beeha3) April 3, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kami terus duduk menunggu di luar pagar Istana Negara. Beberapa kumpulan pelancong kebanyakannya dari China membanjiri perkarangan istana itu.
Hampir sejam kemudian, kereta hitam yang membawa PM keluar.

PM @najibrazakmeninggalkan perkarangan Istana Negara 9.11 pagi tadi @501awani twitter.com/beeha3/status/…

— Nabihah Hamid (@beeha3) April 3, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kami yang duduk menunggu masih lagi tertanya-tanya, apakah itu pertemuan biasa atau apakah Parlimen akhirnya akan dibubarkan selepas lebih setahun tarikhnya jadi teka-teki.
Tidak lama kemudian, saya membaca tuit ini.

Saksikan Perdana Menteri @najibrazak berucap secara langsung di TV pada pukul 11.30 pagi ini.

— Msia PM Press Office (@PMOMalaysia) April 3, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sah! Penantian selama ini berakhir.
Secara peribadi, ini adalah tempoh yang saya nanti-nantikan. Ini kali pertama saya akan membuat liputan pilihan raya dan keduanya, ini juga kali pertama saya akan mengundi.
#blog #bubar #najib #Parlimen #PRU-13 #PRU13