awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan diwartakan cuti am 2026
Thailand hantar pulang 18 tentera Kemboja - Kementerian Luar
Satelit terbesar dunia dilancar, sambungan 5G terus dari angkasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama sokong usaha larangan pemilikan senjata

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2012
07:21 MYT
Obama sokong usaha larangan pemilikan senjata
Susulan insiden tembakan rambang di Newtown, Connecticut, Amerika Syarikat, Presiden Barack Obama menyokong penuh usaha Demokrat untuk menguatkuasa semula larangan pemilikan senjata.
Menurut jurucakap White House, Jay Carney, perkara berkenaan akan dibawa pada hari pertama persidangan kongres.
Akta berhubung larangan pemilikan senjata, dihapuskan ketika pentadbiran George W Bush pada 2004.
Menurut Carney, rang undang-undang itu turut melihat kelemahan berhubung penjualan senjata dan peluru di negara Uncle Sam.
Tindakan berkenaan dibuat susulan desakan majoriti ibu bapa, yang bimbang insiden keganasan akan berulang.
Obama sebelum ini jarang membuat kenyataan terbuka berhubung larangan penjualan senjata.
Ia dipercayai atas dasar melindungi kempen beliau untuk jadi presiden buat penggal kedua.
Satu-satunya sokongan terhadap larangan pemilikan senjata dibuat ketika berdebat dengan calon Republikan, Mitt Romney.
Sementara itu, sekolah di sekitar Newton yang menjadi lokasi pembunuhan beramai-ramai, dibuka semula.
Ia beroperasi bagi membolehkan guru dan kakitangan pentadbiran menjalani latihan dengan pakar untuk menangani trauma yang dialami.
Bagaimanapun sekolah Sandyhook Elementary yang menjadi lokasi pembunuhan beramai-ramai akan ditutup sehingga Januari bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#Connecticut
#larangan pemilikan senjata
#Presiden Barack Obama
#tembakan rambang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan