awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan miliki dadah bernilai lebih RM700,000

Bernama
Bernama
22/01/2013
06:34 MYT
Lelaki ditahan miliki dadah bernilai lebih RM700,000
Tiga tahun lepas abangnya ditahan kerana memiliki heroin, dan pada Jumaat lepas si adik pula ditahan kerana memiliki pelbagai jenis dadah bernilai RM752,237.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Nordin Kadir berkata suspek berumur 27 tahun itu ditahan di dalam sebuah kereta Proton Saga Aeroback di Pandan Indah, Ampang kira-kira pukul 3.15 petang.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan 12.93 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah seperti heroin, syabu dan ketamin serta 340 biji pil eramin 5 yang ditemui di dalam kenderaan dan dua buah rumah dipercayai milik suspek di Ampang.
"Ketika ditahan di dalam kereta, polis menemui sebuah beg mengandungi 12 bungkusan yang mengandungi paket plastik lutsinar dadah jenis heroin seberat 5.4 kg dan lapan bungkusan syabu seberat 408 gram," katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Nordin berkata sebanyak 290 biji pil eramin 5 turut ditemui dalam pemeriksaan lanjut di sebuah kondominium milik suspek di Pandan Indah bersama beberapa barangan kes termasuk kereta jenis Mitsubishi Lancer dan wang tunai bernilai RM205,295.
Beliau berkata dalam satu lagi serbuan pada 19 Jan di sebuah lagi rumah milik suspek di Lembah Maju, Ampang kira-kira pukul 12.40 tengah hari, polis menemui 6.5 kg dadah dipercayai jenis heroin, 394.7 gram syabu, 100.4 gram ketamin dan 50 biji pil eramin 5.
"Polis turut menemui peralatan untuk membungkus dadah di pangsapuri milik suspek itu," katanya.
Beliau berkata nilai rampasan keseluruhan terhadap lelaki yang juga menjalankan aktiviti 'Ah Long' itu mencecah hampir RM1 juta (dadah dan barangan rampasan) dan dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran di Lembah Klang termasuk di pusat-pusat hiburan.
Katanya, polis percaya suspek aktif menjalankan kegiatan jenayah itu sejak enam bulan lepas dan sedang menyiasat kemungkinan mempunyai kaitan dengan beberapa sindiket dadah di negara ini.
Nordin berkata suspek ditahan remah sehingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#Ampang
#Dadah
#Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan