awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ponggal, masa bersama keluarga

Bernama
Bernama
14/01/2013
22:23 MYT
Ponggal, masa bersama keluarga
Masyarakat Tamil di Malaysia kini menyambut ketibaan pesta Ponggal dengan meraikannya secara besar-besaran, menyediakan hidangan vegetarian dan menjemput sahabat handai serta berkumpul bersama keluarga.
Pesta itu disambut sebagai penghargaan kepada golongan petani yang bertungkus-lumus menghasilkan produk makanan.
Ponggal adalah pesta menuai serta bagi menzahirkan kesyukuran kepada Tuhan, matahari, bumi dan lembu yang mengeluarkan hasil susu yang banyak.
R.Sivaraman, seorang petani di Sungai Choh, Rawang berkata 'Thai Ponggal' merupakan majlis tahunan untuk seisi keluarga berkumpul dan bersama-sama meraikan hasil tuaian.
Sivaraman, 33, berkata seorang petani yang mengusahakan tanahnya bergantung kepada lembu, hujan yang tepat pada masanya serta matahari, justeru, pesta Ponggal disambut setiap tahun bagi mengucapkan terima kasih kepada semua elemen ini untuk hasil tuaian yang banyak.
"Kami tidak hanya berdoa untuk hasil tuaian yang baik, tetapi juga untuk kesejahteraan keluarga ketika pesta Ponggal. Ia disambut untuk menzahirkan penghargaan terhadap bumi, matahari dan lembu," katanya kepada Bernama.
Berkongsi sentimen yang sama ialah seorang suri rumah, B.Seetha Devi, yang berkata meskipun terdapat beberapa perayaan lain, hanya ketika Thai Ponggal kita menzahirkan ucapan terima kasih yang luhur kepada Tuhan dan juga petani yang bekerja keras untuk kita.
"Thai Ponggal merupakan kesempatan untuk anggota keluarga berkumpul. Ia menggalakkan perpaduan dalam masyarakat dengan membawa mereka bersama-sama," katanya.
Pesta itu disambut selama empat hari, bermula semalam dengan upacara 'Bhogi' iaitu membakar semua perkakas rumah yang tidak lagi digunakan, dan rumah dibersihkan dengan teliti bagi menandakan permulaan kitaran baharu.
Hari kedua Ponggal, iaitu hari ini, dikenali sebagai 'Thai Ponggal' yang menandakan hari pertama bulan Tamil, di mana anggota keluarga berkumpul di rumah bagi menyediakan Ponggal (nasi manis), untuk dipersembah kepada Tuhan matahari, sebagai tanda kesyukuran atas anugerah-Nya, diikuti hidangan makan tengah hari.
Hidangan Ponggal dimasak tepat pada ketika bulan baharu dilahirkan.
'Mattu Ponggal' adalah hari ketiga perayaan dengan menyembah lembu kerana dipercayai ia yang membantu pengeluaran hasil tuaian yang baik, manakala hari keempat ialah 'Kanni Ponggal' iaitu untuk wanita bujang membuat Ponggal dan berdoa dipertemukan jodoh dengan suami yang baik.
Topic Berkaitan
#India
#Pesta Ponggal
#Ponggal
#Tamil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan