awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin interim Venezuela pecat jeneral pengawal kehormat Maduro
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
Trump aktif bincang pembelian Greenland - White House
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru 2 lelaki kes curi komputer jenama Apple

Bernama
Bernama
31/10/2012
07:32 MYT
Polis buru 2 lelaki kes curi komputer jenama Apple
Polis sedang mencari dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung tiga kes kecurian peralatan komputer canggih bernilai lebih RM1.2 juta.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Kuala Lumpur ACP Abdul Aziz Zakaria berkata mereka ialah Kiranan Surendren, 20, dan Siva Kalaiselvan, juga 20, masing-masing dari Jalan Landai Permai, Sungai Besi, dan Taman Sejahtera, Segambut.
"Mereka dicari untuk membantu siasatan berkaitan kes-kes itu yang berlaku di syarikat grafik di Wangsa Maju pada 18 Jun, Puchong pada 6 Ogos dan Kelana Jaya pada 22 Sept lepas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Kesemua peralatan itu melibatkan jenama Apple.
"Gambar mereka akan disiarkan dan kami percaya penahanan suspek akan dapat membantu polis menyelesaikan kes itu," kata Abdul Aziz.
Beliau berkata polis mengenal pasti suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah dan curi.
Topic Berkaitan
#Apple
#curi
#komputer
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan