KUALA LUMPUR: Sekumpulan mahasiswa ilmu perubatan dari Fakulti Kedoktoran Universitas Airlangga (FK UNAIR), Indonesia pada Rabu lalu berjaya menyelenggarakan program kesihatan reproduksi antarabangsa di Malaysia. Kegiatan yang bertempat di Pusat Komuniti Limpahan Kasih One Stop Centre Aman Bistari, Puchong, Kuala Lumpur itu melibatkan puluhan anak-anak dan remaja usia sekolah.
Mengangkat tema “Improving Reproductive Health in Daily Activity With Holistic Approach for Teenagers,” material tentang kesihatan reproduksi telah disampaikan secara komprehensif oleh Dr. Dyan Pramesti daripada UNAIR.
Beliau menjelaskan bahwa pemahaman organ reproduksi sejak awal usia sangat penting dan perkembangannya dipengaruhi oleh faktor gaya hidup sehari-hari.
“Pengetahuan yang benar tentang kesihatan reproduksi akan menghasilkan keputusan yang benar untuk menjaga diri. Harapannya mereka dapat menentukan pilihan yang sihat dalam rutin harian, kerana pengetahuan membantu kita membuat keputusan yang selamat dan bijak," ujar Dyan.
Kelancaran program kesedaran itu merupakan hasil kerja keras dan kolaborasi erat dari 18 mahasiswa kedoktoran FK UNAIR. Membawa semangat kolaborasi multi-disiplin, delegasi berkenaan merupakan gabungan harmoni dari profesion doktor, bidan, jururawat, ahli teknologi laboratorium perubatan, peneliti, pensyarah, dan pakar kesihatan masyarakat.
Setiap anggota mengambil peranan penting dan saling melengkapi, termasuk menyediakan material kesihatan supaya topik yang cukup rumit dapat disampaikan dengan ringan dan mudah difahami oleh kanak-kanak.
Respons positif turut diterima daripada para peserta di lokasi program dijalankan. Seorang remaja yang hanya dikenali dengan nama Nafisa, 19, mengungkapkan bahawa maklumat yang didedahkan kepadanya membuka sebuah dunia baharu bagi dirinya.
“Sangat bagus, kerana kami dapat belajar secara langsung tentang aspek kesihatan reproduksi yang selama ini jarang diulas secara terbuka,” katanya.
Sementara itu, pensyarah pendamping dari UNAIR, Dr. Reny I’tishom, menjelaskan bahawa program antarabangsa itu adalah salah satu visi program pengajian untuk mengetengahkan penglibatan mahasiswa di peringkat global.
“Program antarabangsa ini merupakan sebahagian daripada visi program pengajian untuk memperkuat keterlibatan global mahasiswa sekali gus meningkatkan reputasi FK UNAIR di peringkat antarabangsa,” jelas Dr. Reny I’tishom.
Ketua Panitia Kegiatan, Annisa Ridlayanti, pula memberitahu, program tersebut disiapkan secara kolaboratif sebagai integrasi mata kuliah pilihan.
Program itu juga dinilai mendesak oleh pengamal perubatan dari MAHSA University, Dr. Nurul Hana Zainal Baharin, yang menurutnya, sangat bagus dan wajib diteruskan.
"Sebelum terdapat tanggapan bahawa pendidikan soal ini tidak penting untuk diperkenalkan kepada Gen Z, kita sebagai role model mesti memberikan pemahaman yang bersifat preventif ini," tegas beliau.