'10 Mil Syoking', kempen raikan kejayaan penjualan 10 juta produk Go Shop

Kenyataan Media
Mac 25, 2021 13:44 MYT
Kempemn '10 Mil Syoking' bakal berlangsung empat dengan pelbagai tawaran istimewa termasuk potongan diskaun sehingga 75 peratus. -Gambar/ Astro Go Shop.
KUALA LUMPUR : Go Shop meraikan kejayaan penjualan 10 juta produknya menerusi kempen ’10 Mil Syoking Fiesta’ yang mana bakal menawarkan pelbagai tawaran menarik dan program-program terhebat.
Menurut Go Shop, kempen itu bakal menghimpunkan 10 selebriti sensasi tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Chef Wan, Datin Fouziah Gouz, Harith Iskander, Datuk Jalaluddin Hassan, Dahlia Sulaiman, Jordon Voon, Chris Tong, Vivienne Onn dan Min Eng Yee Min.
Kempen berkenaan akan bermula dari 26 Mac hingga 29 Mac 2021.
Sepanjang berlangsungnya kempen itu kelak, pelanggan boleh menonton program-program siaran langsung sehingga 10 jam, dengan pelbagai tawaran istimewa yang cukup menarik pada setiap hari, hanya di saluran-saluran Go Shop.
Menariknya lagi, pelanggan boleh menonton program khas yang juga akan bersiaran secara langsung dikenali sebagai ‘Syoking Flash Sale’ pada 26 Mac. Program ini bakal menawarkan pelbagai produk menarik dengan potongan diskaun sehingga 75 peratus di Astro Saluran 111 pada jam 10 malam.
Pelanggan juga boleh menikmati potongan diskaun sebanyak 10 peratus ke atas produk-produk yang dipersembahkan di program-program TV kendalian Go Shop, tanpa sebarang syarat pembelian minimum apabila mereka menggunakan kod promosi: 10MIL.
Di samping itu, Go Shop juga mengorak langkah apabila buat julung kalinya memperkenalkan jenama pakaiannya sendiri- Royal Field Black Label, yang memberi fokus utama kepada produk berkualiti tinggi, mampu milik dan memiliki stail yang menarik.
"Produk pertama merupakan, ‘Set Baju T Cotton Royal Field All Day’, rangkaian baju T, dengan harga RM109," kata Go Shop dalam siaran medianya pada Khamis.
Pelancaran Royal Field Black Label akan bersiaran secara langsung pada 28 Mac ini di Astro Saluran 118 dan Saluran 104 pada jam 11.00 pagi.
#Go Shop #tawaran hebat Go Shop #Royal Field Black Label #10 juta #jualan #10 Mil Syoking Fiesta #Siti Nurhaliza #Chef Wan