BAGI anda yang berdiet dan ingin menurunkan berat badan, antara perkara yang paling sukar ditinggalkan ialah air manis atau minuman bergula.
Berpantang makan makanan kurang berkhasiat atau makanan segera pun tidaklah sesukar meninggalkan minuman bergula.
Ramai mungkin kurang sedar betapa elok dan baiknya minum air kosong dalam kehidupan seharian. Bukan sahaja selepas makan tapi amalkan minum air kosong pada waktu-waktu tertentu atau selepas melakukan aktiviti.
Jadi anda mungkin tertanya-tanya apakah tabiat minum air kosong yang baik. Penting untuk anda tahu aturan waktu mengamalkan minum air kosong agar lebih berkesan untuk anda turunkan berat.
Ikuti perkongsian MASKULIN tentang 10 amalan minum air kosong yang baik.
1. Selepas bangun tidur
Sebaik sahaja bangun tidur setiap hari, minumlah 250ml air putih ketika perut anda masih kosong. Ia baik untuk menyingkirkan toksin dari badan sepanjang anda tidur malam.
Malah, minum air putih ketika perut kosong juga dapat meningkatkan metabolisme badan untuk menyerap nutrisi dan membantu sistem pencernaan yang baik.
2. Sejam sebelum sarapan
Ambillah air putih sebanyak 250-500ml sekitar satu jam sebelum anda ingin bersarapan. Ia akan membantu menyediakan sistem pencernaan untuk menyerap nutrisi dari makanan yang anda akan makan.
3. Selepas minum teh atau kopi
Selepas sahaja anda habis minum secawan teh atau kopi, segeralah minum air putih segelas.
Kopi dan teh bersifat diuretik di mana ia akan membuatkan anda ingin terus membuang air kecil.
Bagi mengelakkan badan anda dehidrasi akibat kencing yang kerap, pengambilan air putih akan menggantikan jumlah cecair dalam badan anda yang telah keluar.
4. 30 minit sebelum makan
Anda juga digalakkan untuk minum air putih paling kurang dua gelas 30 minit sebelum makan sama ada makan tengah hari atau malam.
Ini akan membantu anda rasa lebih kenyang dan jumlah makanan yang masuk ke dalam badan anda akan berkurangan.
Bukan itu sahaja, minum sebelum makan akan melembapkan lapisan perut, selain membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan semasa anda makan.
5. Ketika rasa lapar
Apabila perut anda rasa lapar dan anda ingin mengunyah sesuatu, ajar diri anda untuk minum segelas air. Air putih akan membuatkan perut anda rasa lebih kenyang sehingga anda tidak terasa untuk makan atau mengunyah.
6. Sebelum bersukan
Sebelum melakukan apa jua sukan, anda dinasihatkan untuk minum air putih terlebih dahulu. Ini akan membantu tubuh anda terhidrasi dengan baik dan peredarannya lebih lancar.
7. Selepas bersenam
Selepas bersenam, pasti anda rasa dahaga kerana peluh banyak keluar. Jadi minumlah banyak air untuk menggantikan cecair badan yang hilang.
Jumlah air yang anda minum bergantung kepada berat badan, keadaan kesihatan dan suhu alam sekitar anda ketika itu.
Namun jangan tergesa-gesa minum air kerana ia boleh menyebabkan berlakunya kekejangan pada perut.
8. 2 jam sebelum tidur malam
Dua jam sebelum tidur, minumlah air putih sebanyak 300-600ml bagi memulihkan tenaga yang telah hilang daripada aktiviti seharian anda.
Malah minum air putih juga akan membantu meningkatkan proses metabolisme yang menyebabkan tubuh badan dapat membakar lebih banyak kalori.
9. Minum 4 liter sehari
Ketika anda membuat proses diet, minumlah sekitar 4 liter air putih sehari. Ia akan melunturkan lemak dan membuang toksin dari tubuh, selain mempercepatkan lagi berat anda turun.
10. Lakukan detoks air
Detoks air merupakan diet air yang berkesan untuk menurunkan berat badan dengan cepat.
Campurkan air putih dengan hirisan lemon atau buah-buahan lain membuatkan anda kekal segar dan sihat dengan detoks daripada bahan-bahan semula jadi ini.
*Artikel asal di Maskulin
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Maskulin
Sun Mar 20 2022
Penting untuk anda tahu aturan waktu mengamalkan minum air kosong agar lebih berkesan untuk anda turunkan berat. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
KPDN keluar notis kepada peniaga jual ayam goreng kunyit RM20 di Langkawi
KPDN telah mengeluarkan satu NPMB terhadap seorang peniaga makanan yang didakwa menjual ayam goreng kunyit pada harga RM20 sepinggan di premisnya di Pantai Chenang, Langkawi.
10 tabiat minum air kosong untuk bantu kawal berat badan
Penting untuk anda tahu aturan waktu mengamalkan minum air kosong agar lebih berkesan untuk anda turunkan berat.
Kekal cergas, bertenaga ketika berpuasa, jangan tinggal sahur!
Soal pemilihan makanan berkhasiat amat penting agar tubuh memperoleh semua nutrien yang diperlukan, sekali gus membantu mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh berpuasa.
KPDNHEP nafi tetapkan harga air kosong RM1 segelas
Pemeriksaan Ops Catut 8.0 (air kosong) adalah hanya untuk mendapatkan maklumat berhubung harga kos dan harga jualan air kosong.
Harga air kosong lebih RM1: KPDNHEP keluarkan 84 notis di seluruh negara
KPDNHEP telah mengeluarkan sebanyak 84 notis terhadap peniaga premis makanan dan minuman di seluruh negara yang menjual air kosong pada harga melebihi RM1.
Air kosong lebih RM1 segelas, 12 notis dikeluarkan KPDNHEP Selangor
KPDNHEP Selangor mengeluarkan 12 notis setakat semalam terhadap peniaga premis makanan dan minuman di negeri ini kerana menawarkan air kosong melebihi penetapan harga iaitu RM1 setiap gelas.