116 filem dari seluruh dunia dipertonton pada KLEFF

Bernama
Oktober 2, 2015 23:15 MYT
Selain filem, KLEFF turut mengadakan bengkel, program seni dan persembahan sepanjang festival itu. - Gambar Fail
Festival Filem Eko Kuala Lumpur Antarabangsa Ke-8 (KLEFF) bakal menampilkan 116 filem dari seluruh dunia sepanjang acara itu yang bermula 16 Okt ini di Publika Mall di sini.
Pengasas dan Presiden EcoKnights Yasmin Rasyid berkata festival tiga hari itu mahu menggalakkan penggunaan dan pengeluaran lestari menerusi ekosistem tempatan dan antarabangsa yang menyerlahkan produk dan perkhidmatan hijau.
"Kali ini, mereka yang menghadiri KLEFF akan digalakkan menerokai inovasi dalam penceritaan isu-isu alam sekitar yang sangat memerlukan perhatian," katanya selepas memperkenalkan KLEFF kepada media di sini, Jumaat.
Menurutnya, KLEFF akan terus menyediakan platform bagi inisiatif, gerakan, perniagaan dan kesenian hijau dalam usaha menggalakkan perubahan ke arah mewujudkan alam sekitar yang lebih baik.
Selain filem, KLEFF turut mengadakan bengkel, program seni dan persembahan sepanjang festival itu.
#Festival Filem Eko Kuala Lumpur Antarabangsa #Publika Mall #Yasmin Rasyid