LIFESTYLE
3 Pagi ERA rai pelajar SPM 2024 tanpa mengira keputusan, belanja makan malam
ERA juga bercadang akan meneruskan keraian seumpama ini terhadap anak-anak muda agar tidak mengabaikan masing-masing. - Gambar/ ERA
KUALA LUMPUR: 3 Pagi ERA, berbesar hati untuk meraikan pelajar SPM 2024 tanpa mengira apa jua keputusan atau gred mereka. Inisiatif ini dibuat bagi menaikkan semangat mereka agar tidak putus semangat untuk menyambung pengajian mereka ke tahap lebih tinggi.
Menurut ERA, Nabil, Azad dan Radin akan bersama mereka dengan makan malam percuma malam ini di Restoran Banglo Kita di Kuala Lumpur bermula pada jam 8 malam. Tempatnya terhad hanya kepada 20 orang terawal. Syarat-syarat yang perlu mereka patuhi ialah mereka perlu menunjukkan slip keputusan 2024 serta membawa kad pengenalan bagi memastikan mereka merupakan calon SPM 2024.
ERA juga bercadang akan meneruskan keraian seumpama ini terhadap anak-anak muda agar tidak mengabaikan masing-masing. Ini kerana hanya pendidikan mampu mengubah hidup mereka dengan lebih baik dan menjadi insan berguna terhadap masyarakat.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 merekodkan pencapaian terbaik sejak 2013, dengan mencatat Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49 berbanding 4.60 pada 2023.
Analisis keputusan SPM 2024 menunjukkan bilangan calon memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, meningkat kepada 14,179 orang atau 3.7 peratus berbanding 11,713 calon pada 2023.