5 iklan Tahun Baharu Cina yang anda perlu tonton

Mariah Ahmad
Januari 28, 2017 23:13 MYT
Pelbagai mesej nilai-nilai murni yang ditekankan dalam video pendek terbitan syarikat-syarikat korporat. Antaranya kepentingan menjaga tradisi dan kasih sayang keluarga. - Foto YouTube / Maxis
Mana-mana perayaan di Malaysia tidak akan lengkap tanpa video komersial yang meraikan kepelbagaian dan budaya masyarakat Malaysia.
Sempena Tahun Baharu Cina kali ini pelbagai tema dapat dilihat dalam beberapa video pendek yang diterbitkan, antaranya kepentingan menjaga tradisi dan kasih sayang keluarga.
1. A truly Malaysian greeting - Malaysia Airlines
Video Malaysia Airlines menunjukkan sedikit kelainan apabila ia menampilkan kebanyakan masyarakat Melayu dan India mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, dalam beberapa dialek.
Setakat ini, ia mendapat jumlah tontonan sebanyak 216,481 di YouTube.
2. It Came from a Tin Mine - Petronas
Video Petronas menceritakan tentang lima sekawan dalam satu pengembaraan untuk menangkap 'Raja Sungai'.
Mesejnya mudah. Setiap halangan dan cabaran yang dilalui, merupakan satu langkah menghampiri sebuah kejayaan.
Setakat ini, ia mendapat jumlah tontonan sebanyak 1,193,855 di YouTube.
3. Cooking Hustle - TNB
Dengan penuh kesan khas filem, video Cooking Hustle terbitan Tenaga Nasional Berhad menampilkan pelbagai aksi kungfu!
Ia menceritakan bagaimana tiga menantu ditugaskan untuk menyediakan hidangan untuk malam makan besar bersama keluarga.
Setakat ini, ia mendapat jumlah tontonan sebanyak 2,741,866 di YouTube.
4. How much do #ChineseNewYear traditions vary between families? - Digi
Kepentingan mengekalkan tradisi merupakan tema video syarikat telekomunikasi Digi.
Ia menunjukkan perbualan yang menyentuh hati antara seorang bapa dan seorang anak.
Setakat ini, ia mendapat jumlah tontonan sebanyak 128,353 di YouTube.
5. The 50-Year Promise - Maxis
Syarikat telekomunikasi Maxis pula menerbitkan dua buah video tahun ini, termasuk salah satu daripadanya bertajuk The 50-Year Promise.
Ia mengisahkan tentang pertemuan semula dua beradik selepas berpisah selama 50 tahun.
Anda mungkin perlu menyediakan tisu sebelum memainkan video ini.
Setakat ini, ia mendapat jumlah tontonan sebanyak 262,775 di YouTube.
#iklan #Tahun Baharu Cina